CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 345|Reply: 1

[Perlis] Orang Perlis bengang ada acara tarian di karnival jualan

[Copy link]
Post time 31-1-2023 01:30 PM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar video tarian dangdut ghairah yang tular di Facebook sejak semalam.



KANGAR – Tarian dangdut dengan aksi ghairah pada karnival jualan di Dataran Dato Sheikh Ahmad, di sini pada Sabtu lalu menerima kritikan orang ramai telah tular di Facebook.

Rakaman video yang dimuat naik di Facebook berdurasi dua minit 18 saat semalam.

Semakan Kosmo! pada akaun Facebook itu mendapati video berkenaan ditonton sebanyak 45,000 kali dengan hampir 202 perkongsian.

Seorang lagi pengguna Facebook Noormadiah Shamsudin mempersoalkan adakah budaya luar telah masuk Malaysia.

“Ada suami-suami yang bakal ditarik telinga, memalukan,” katanya ringkas.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Mohammad Azmir Azizan berkata, artis jemputan tersebut membuat persembahan dan tarian yang bertentangan dengan syariat agama dan ketetapan garis panduan.

“Pihak Majlis Perbandaran Kangar (MPK) akan buat kenyataan media dan telah memanggil penganjur untuk menyatakan bahawa perkara tersebut telah melanggar syarat-syarat penganjuran serta diberi amaran supaya perkara tersebut tidak diulangi.

“Pihak penganjur telah membuat surat permohonan maaf dan rayuan kepada Yang Dipertua MPK untuk meneruskan karnival jualan lelong tersebut,” jelasnya.

Difahamkan, penganjur juga merayu agar karnival jualan lelong sehingga 5 Februari itu diteruskan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... di-karnival-jualan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2023 02:20 PM | Show all posts
Macam-macam ragam nak digunakan bagi menarik pelanggan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.446207 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list