CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 545|Reply: 0

Aiman pendahulu Raja Bukit Jelajah Sharjah

[Copy link]
Post time 31-1-2023 01:15 PM | Show all posts |Read mode

AIMAN Cahyadi muncul pendahulu Raja Bukit berakhir peringkat kedua Jelajah Sharjah.-IHSAN Terengganu Polygon Cycling Team


KUALA TERENGGANU: Pelumba import Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Aiman Cahyadi mencuri tumpuan muncul pendahulu Raja Bukit peringkat kedua Jelajah Sharjah, kelmarin.

Aiman, 30, menyarung Jersi Merah selepas menamatkan perlumbaan dari Universiti Sharjah ke Al Badayer di tempat kesembilan dengan masa 2 jam 49 minit 55 saat.

“Ini adalah permulaan baik dalam siri perlumbaan pertama sejak menyertai TSG namun masih berbaki tiga peringkat dan saya perlu mengekalkan momentum terutama di zon pendakian.

“Perlumbaan hari ini (semalam) cukup sengit dan pantas menyebabkan saingan lebih berbahaya tetapi saya bersyukur dapat mengutip mata paling banyak menuju peringkat seterusnya.

“Saya harap kami dapat memenangi kedudukan podium selepas ini melalui barisan pelumba yang ada dan mencapai sasaran yang diletakkan pasukan,” katanya Aiman ketika dihubungi di sini, hari ini.

Rakan-sepasukannya, Wan Abdul Rahman Hamdan tidak ketinggalan turut cemerlang menamatkan perlumbaan sejauh 130.7 kilometer itu di kedudukan kelima.

Perlumbaan peringkat kedua itu diungguli pasukan berpengkalan di Dubai, Dubai Police Cycling Team apabila memenangi kedudukan satu dua melalui pelumbanya, Yacine Hamza dan Nassim Saidi.

Saingan peringkat ketiga akan diteruskan hari ini dengan perlumbaan dari Al-Hsin ke Wadi Al-Helo di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dengan jarak 117.8 kilometer yang menawarkan tiga zon pendakian.

Selain Aiman dan Wan Abdul Rahman, TSG turut diwakili Metkel Eyob, Anatoli Budiak, Shahrul Mat Amin dan Irwandie Lakasek pada kejohanan bertaraf 2.2 Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) itu.-UTUSAN

https://www.utusan.com.my/sukan/ ... it-jelajah-sharjah/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.054816 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list