CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 214|Reply: 0

[Kedah] Maritim Malaysia rampas 300 set bubu naga

[Copy link]
Post time 31-1-2023 01:11 PM | Show all posts |Read mode

Anggota Maritim Malaysia menarik bubu naga yang ditemui dipasang dalam operasi khas di kawasan perairan Yan semalam

KUALA KEDAH: Sebanyak 300 set bubu naga dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah, semalam.

Rampasan itu dibuat dalam operasi khas bersama komuniti nelayan di beberapa lokasi sepanjang perairan Pantai Murni hingga ke Tanjung Dawai, awal pagi semalam.

Timbalan Pengarah (Operasi) Zon Maritim Kuala Kedah, Leftenan Maritim Zool Hilmi Mohd Nadzir, berkata operasi khas itu berdasarkan aduan awam di lokasi berkenaan yang kerap kali diterima oleh pihak Maritim Malaysia.

Beliau berkata, pihaknya berjaya mengesan 10 lokasi rampasan bubu naga itu di sekitar 1.3 hingga 1.9 batu nautika merangkumi kawasan perairan Pantai Murni hingga ke perairan Tanjung Dawai.


"Ketika rondaan dilakukan, anggota bot ronda Maritim Malaysia menemukan pelampung penanda dan pancang kayu yang mencurigakan dipasang pada setiap bubu naga berukuran kira-kira 10 meter panjang itu.

"Kesemua bubu naga yang dirampas adalah dianggarkan bernilai RM36,000 dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk siasatan di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zool Hilmi berkata, penggunaan bubu naga semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini dan ia perlu dicegah bermula di peringkat penjualan oleh pihak berwajib kerana tindakan merampas tidak akan memberi kesan memandangkan ia masih boleh dibeli di pasaran dengan harga murah secara fizikal mahupun secara dalam talian.

Beliau berkata, komuniti nelayan juga diingatkan supaya mematuhi undang-undang dan tidak melanggar syarat lesen perikanan seperti yang ditetapkan.

"Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang Persekutuan dan sentiasa komited dalam meneruskan pengoperasian serta rondaan di sepanjang Zon Maritim Malaysia bagi mengekang aktiviti haram di perairan negara.

"Sebarang aduan mengenai aktiviti jenayah atau kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurkannya ke Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579 atau MERS 99 untuk maklum balas segera," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... s-300-set-bubu-naga

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.051556 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list