CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 395|Reply: 0

[Terengganu] Wan Burger tak menyesal berhenti kerja, pilih jual burger sebagai kerjaya

[Copy link]
Post time 31-1-2023 01:10 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Awang Abdullah atau Wan Burger sibuk menyiapkan tempahan burger di kedainya di hadapan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu. NSTP/Faizul Azlan Razak

KUALA TERENGGANU: Seorang peniaga tidak menyesal dengan keputusan berhenti kerja sebagai penjawat awam dengan memilih menjalankan perniagaan burger sebagai kerjaya sepenuh masa.

Malah, keputusan yang dibuat 32 tahun lalu itu dianggap tepat apabila sehingga sekarang masih kekal mengusahakan perniagaan burger di hadapan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Mohd Awang Abdullah, 55, berkata pada mulanya dia hanya menjual burger sebagai kerja sambilan pada tahun 1989 kerana sudah bekerja sebagai kakitangan kerajaan selama tujuh tahun.

Dia yang lebih dikenali sebagai Wan Burger berkata, walaupun bekerja dengan kerajaan ketika itu, gaji tidak sebesar mana mendorongnya mencari duit tambahan menjual burger bagi menyara keluarga.



"Pada tahun 1991, saya membuat keputusan terbesar dalam hidup apabila tekad untuk berhenti kerja sebagai pembantu pejabat dan menjalankan perniagaan burger secara sepenuh masa.

"Saya memulakan perniagaan di hadapan HSNZ dan alhamdulillah, sehingga sekarang masih bertapak di tempat sama dengan sambutan baik daripada orang ramai," katanya yang ditemui pemberita di sini.

Mohd Awang berkata, dia bersyukur usahanya selama ini membuahkan hasil walaupun sebelum ini orang tidak menaruh keyakinan terhadapnya, selain perlu berdepan dengan ramai peniaga burger di tepi jalan terutama di bandar raya ini.

Dia yang tinggal di Kampung Ladang Hospital di sini berkata, walaupun perniagaannya berada dalam kawasan bandar, harga burger yang dijualnya hanya RM4 sebiji untuk daging dan ayam berbanding awal tahun lalu RM3.50 sebiji.

"Jika ikutkan, sekarang untuk dapatkan burger dengan harga RM4 sebiji dalam bandar memang sukar, namun saya percaya kepada rezeki dan mahu pelanggan berpuas hati membeli burgernya.

"Sekarang, jualan harian saya setiap hari tidak kurang 150 biji bermula jam 6 petang hingga 12 malam dan kebanyakan pelanggan saya hanya membuat tempahan menerusi telefon," katanya.

Ditanya kelebihan burger yang dijualnya, bapa kepada tiga anak itu berkata kebanyakan pelanggannya memberitahu burgernya berbeza dengan yang lain dari segi keenakan rasa dan bahan yang digunakan.

Katanya, dia menggunakan roti, sos, mayonis, daging paling tebal, kacang panggang, bawang, salad, daun sup, tomato, timun batang dan sengkuang.

"Jika ikutkan bahan yang saya letak tidak setimpal dengan harga RM4 sebiji, namun bagi saya tidak mengapa walaupun sekadar meraih untung sikit-sikit demi menjaga kepuasan pelanggan," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... jual-burger-sebagai

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.278470 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list