CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 419|Reply: 0

[Johor] Mangsa banjir terkejut rumah jadi 'inap desa' monyet

[Copy link]
Post time 31-1-2023 01:07 PM | Show all posts |Read mode

Antara rumah mangsa banjir di Kampung Seberang Batu Badak yang mengalami gangguan monyet. - NSTP/AHMAD ISMAIL

SEGAMAT: "Saya terkejut apabila melihat rumah kami sekeluarga dipenuhi monyet seolah-olah 'pelancong' menghuni inap desa pula."

Mohamad Razak Abd Rahman, 54, berkata rumahnya ialah antara enam kediaman yang diganggu haiwan liar itu selepas penduduk Kampung Seberang Batu Badak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS), di sini, kira-kira jam 8 malam Rabu lalu akibat banjir.

"Apabila pulang semula ke rumah dan sebelum masuk, saya menyangka ada orang lain berada di dalamnya kerana terdengar bunyi bersin sedangkan semua ahli keluarga masih berada di halaman.


    Beberapa kediaman penduduk di Kampung Seberang Batu Badak didapati mengalami kerosakan, dipercayai akibat perbuatan monyet yang cuba membukanya untuk mencari jalan masuk ke dalam rumah mereka. - Video NSTP/Ahmad Ismail pic.twitter.com/FJ3oVnRMRw
    Disyorkan Untuk Anda


"Sebaik saja membuka pintu rumah, saya terkejut melihat beberapa ekor monyet berada di atas sofa seolah-olah sedang 'bersidang'. Bagaimanapun, monyet berkenaan tidak agresif.

"Kami kemudian segera mendapatkan bantuan jiran," katanya ketika ditemui di kampung berkenaan, hari ini.

Beliau berkata, bumbung beberapa kediaman penduduk kampung itu didapati mengalami kerosakan, dipercayai akibat perbuatan monyet yang cuba membukanya untuk mencari jalan masuk ke dalam rumah mereka.

"Penduduk kampung ini sudah berdepan gangguan monyet sejak kira-kira lima tahun lalu dan ia bagaikan tiada berkesudahan walaupun Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Segamat sudah beberapa kali 'menghalau' haiwan berkenaan," katanya.

Seorang lagi penduduk, Saripah Mohd Mokmin, 46, berkata kumpulan kira-kira 20 monyet itu dilihat semakin berani memasuki kawasan penempatan mereka, malah sering dilihat meniti wayar elektrik.

"Gangguan kumpulan monyet itu lazimnya bermula seawal jam 7 hingga 11 pagi, sebelum kembali lagi antara jam 3.30 petang hingga 7 malam," katanya.

Sepupunya, Shahdan Mohd Mokmin, 52, pula percaya faktor pembangunan dan pembukaan kawasan hutan menyebabkan habitat monyet kian mengecil, sekali gus mendorong haiwan liar itu memasuki penempatan penduduk.

"Kita berharap masalah itu akan bernoktah segera bagi memastikan keharmonian dan kesejahteraan komuniti setempat terus terpelihara," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... di-inap-desa-monyet

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.084927 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list