CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 259|Reply: 0

[Selangor] Pemandu lori didakwa pukul anjing dengan kayu

[Copy link]
Post time 31-1-2023 01:04 PM | Show all posts |Read mode
KUALA SELANGOR: Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan memukul seekor anjing dengan sebatang kayu sehingga cedera.

Mohd Zainal Mat Daham, 41, selaku Orang Kena Saman (OKS) didakwa melakukan perbuatan itu sehingga menyebabkan haiwan itu cedera di kaki kanan hadapan dan belakang.

Lelaki itu dituduh melakukan perbuatan itu di hadapan pos pengawal sebuah kawasan perumahan di Bandar Puncak Alam dekat sini pada 8.30 malam, 29 Oktober tahun lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 29 (1) (a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 29 (1) akta sama, yang membawa hukuman denda minimum RM20,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.



Terdahulu, Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor Mohd Sharif Sabran memohon mahkamah mengenakan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan yang rendah atas alasan dia penanggung utama keluarga.

"Saya tidak mampu puan, saya mohon jaminan yang seringan-ringannya," katanya.

Hakim Zafirah Zainal Abdidin membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah dan menetapkan 28 Februari ini untuk sebutan semula kes. Mohd Zainal membayar jaminan. - BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berit ... -anjing-dengan-kayu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.055028 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list