CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 995|Reply: 10

[Tempatan] Orang sedang sibuk cari lokasi kilang kenderaan elektrik (EV) RM5 bilion... PAS-PN pulak sibuk sindir isu Nurul Izzah. Nampak tak bezanya?

[Copy link]
Post time 31-1-2023 12:58 PM | Show all posts |Read mode
Edited by pengecattaik at 31-1-2023 01:16 PM

KUALA LUMPUR: Computer Forms Malaysia Bhd (CFM) dan Energy Absolute Thailand PCL (EA) yang membentuk syarikat usaha sama (JV), Energy Absolute Malaysia bercadang melabur RM5 bilion bagi membangunkan kilang pengeluaran kenderaan elektrik (EV) dan mengendalikan projek tenaga boleh diperbaharui (RE) di Malaysia.

Pelaburan mega yang disuntik syarikat senaraian awam tempatan dan konglomerat terkemuka dari Thailand itu akan membabitkan pembinaan kilang pengeluaran di lokasi yang bakal dimuktamadkan kemudian sama ada di Negeri Sembilan, Selangor atau Melaka.

Pelaburan bersama syarikat JV dengan pegangan 50:50 itu akan didorong oleh pasukan baharu dari kedua-dua negara untuk menyepadukan penyelesaian tenaga bersih dan mobiliti bagi membantu syarikat menyahkarbon secara berkesan.

Pengarah Urusan CFM, Datuk Justin Lim, berkata pembinaan kilang pengeluaran dalam tempoh 12 bulan akan datang itu bakal membabitkan keseluruhan ekosistem berkaitan EV dan RE.

"Kami melihat potensi perniagaan EV dan RE dalam segenap aspek kepakaran yang dimiliki. Ia bakal membabitkan pembangunan tren, bas dan feri elektrik.

"Kami menjangkakan untuk menghasilkan pulangan yang kompetitif dengan langkah menghijaukan sistem pengangkutan awam Malaysia dan syarikat usaha sama akan berusaha ke arah membawa masuk bas pintar, e-trak, e-kereta api dan e-feri untuk mengubah prasarana pengangkutan awam Malaysia dalam jangka sederhana," katanya kepada media selepas majlis pemeteraian perjanjian persefahaman CFM-EA di sini, hari ini.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Lim yang mewakili CFM, manakala EA pula diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Somphote Ahunai.

Pemeteraian perjanjian itu disaksikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Lim berkata, untuk fasa pertama pengembangan perniagaan di Malaysia, Energy Absolute Malaysia membawa masuk 200 bas EV dengan sasaran mengubah landskap perkhidmatan awam ke arah penggunaan kenderaan mesra alam.

"Jika permintaan terus meningkat, kami akan beralih ke fasa kedua iaitu membina kilang pengeluaran di Malaysia. Buat masa ini kami meninjau pembinaan kilang sama ada di Negeri Sembilan, Selangor atau mungkin Melaka.

"CFM dan EA merancang untuk mengeluarkan bateri lithium-ion dan melabur dalam Sistem Penyimpanan Tenaga (ESS) dan stesen pengecasan untuk menyokong ekosistem EV Malaysia," katanya.

Sementara itu, Ahunai berkata, langkah pengembangan operasi di luar Thailand adalah kali pertama dalam tempoh beberapa dekad, di mana kerjasama antara Thailand dan Malaysia menjadi kenyataan sebagai pelaburan modal yang konkrit, seterusnya memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Katanya, pengalaman EA dalam RE dan EV sangat dicari di Thailand kerana cabang perunding pengurusan mereka menawarkan pengetahuan penukaran RE kepada banyak syarikat Thailand yang beralih kepada operasi yang lebih hijau.

"Kami merancang membawa masuk semua produk yang dimiliki EA di Thailand ke Malaysia dalam masa dua hinga tiga bulan ini. Kami mahu mewujudkan pendekatan sama seperti di Thailand dengan membantu CFM menerusi perkongsian berkongsi teknologi yang dimiliki," katanya.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata, penganalisis global mengunjurkan gabungan sektor EV dan RE global akan bernilai lebih AS$1 trilion (RM4.4 trilion) menjelang 2028.

Justeru, katanya, terdapat pelbagai peluang untuk syarikat memasuki sektor ini dan memanfaatkan minat yang semakin meningkat untuk produk dan perkhidmatan berasaskan konsep alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) oleh pengguna, serta teknologi dan aset yang mengutamakan ESG oleh pelabur.

"Untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang sedemikian, kerajaan perlu bekerjasama untuk menyelaraskan rangka kerja perundangan dan kawal selia bagi menggalakkan pelaburan seperti usaha sama antara CFM dan EA ini.

"Gabungan tenaga boleh baharu dan penghijauan pengangkutan awam akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi inklusif yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara Thailand dan Malaysia," katanya.

Beliau menjelaskan, Aspirasi Pelaburan Nasional yang dilancarkan tahun lalu melakar langkah proaktif dan tangkas kerajaan untuk terus menggalakkan inisiatif sektor awam-swasta, termasuk dalam sektor EV dan RE.

"MITI juga bekerjasama rapat dengan agensinya untuk menggalakkan pelaburan domestik dan asing," katanya.

Tengku Zafrul berkata, khusus dalam sektor EV Malaysia, MITI komited untuk memacu usaha untuk menarik lebih banyak pelaburan EV dan memenuhi sasaran nasional sebanyak 15 peratus jumlah jumlah keseluruhan industri (TIV) untuk EV dan hibrid menjelang 2030 dan 38 peratus TIV menjelang 2040.

"Matlamat untuk prasarana pengecasan adalah untuk mempunyai 10,000 buah stesen pengecas awam menjelang 2025.

"Matlamat kelestarian negara turut disokong oleh usaha daripada pelbagai kementerian, seperti Pelan Tindakan Mobiliti Rendah Karbon, Dasar Automotif Nasional, Elaun Cukai Pelaburan Hijau dan Pengecualian Cukai Pendapatan Hijau, insentif cukai untuk menggalakkan penggunaan EV, Dasar Tenaga Baharu, dan penubuhan Pasaran Karbon Sukarela oleh Bursa Malaysia," katanya.

Sumber

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2023 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang siyalllll.....

But that's politiks for you....
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang kutuk seluruh rakyat jelata sebab nampak sgt ketirisan dlm pelantikan dan tidak selari dgn konsep madani...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
MADANI - My Anak Dan Bini
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 01:42 PM | Show all posts
Kalau LEBAI BUAT semua jadi halal. Orang lain HARAM.











Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 01:58 PM | Show all posts
wat u expect...

yg mengutuk tu, itu jer lah kepandaian yg depa ada...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2023 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut le PAS berangan kemain dek nak rebut Selangot dek. Serambi ada apa dek? Pantai Cinta Berahi .. pasar Khadijah dek
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka Malaysia jadi Taliban, dapat pulak Perdana Menteri bodoh nak mampos abahcow ijau cirit yang prihatin lagi berpenjana serta berlestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ lagi pemulih serta bercitra Bapa Perutusan Khas (BaPuK) paksa orang lockdown 2 tahun, paksa cucuk vaksin, paksa darurat Parlimen nak elak undi tidak percaya, sampai ada yang bunuh diri pelbagai naikkan bendera putih pelbagai, akak setuju jah dengan Siti Kassim, Malaysian really dig their own grave, padan muka dapat Perdana Menteri yang sangat bodoh dan dapat pengundi yang terpaling bodoh dalam dunia!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2023 05:46 PM | Show all posts
itulah tugas pembangkang

macam la PH dulu tak pernah buat benda yang sama
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Computer Forms partners Thailand's Energy Absolute to sell, produce EVs in Malaysia

Kang Siew Li / theedgemarkets.com
September 26, 2022 19:10 pm +08

"KUALA LUMPUR (Sept 26): Computer Forms (Malaysia) Bhd has teamed up with Bangkok-listed Energy Absolute PCL to jointly produce and distribute electric vehicles (EVs) such as e-buses, e-cars, e-trains, e-bikes and e-boats as well as EV chargers in Malaysia, as it recognises that new opportunities emerge in the EV industry."

Energy Absolute collaborates with Computer Forms (Malaysia) Berhad for mass transportation development

"On September 26, the Head of Agreement was established between Datuk Wira Justin Lim Hwa Tat, Board of directors, Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) and Mr Somphote Ahunai, Chief Executive Officer, Energy Absolute, who attended the ceremony. The purpose of this agreement is to establish the Joint Venture to invest in the electric vehicles business and the Ecosystem of electric vehicles completely in Malaysia.

Currently, Malaysia has a policy to decrease the consumption of fossil fuels and encourage the use of electric vehicles by up to 37% following the policy within 2022-2040.

Syarikat JV Malaysia-Thailand labur RM5 bilion bangun kenderaan elektrik, bateri

Hazwan Faisal Mohamad
hazwanfaisal@mediaprima.com.my
September 26, 2022 @ 8:24pm

"KUALA LUMPUR: Syarikat usaha sama (JV) antara Computer Forms (Malaysia) Bhd (CFM) dan Energy Absolute Public Company Ltd (EA) akan melabur sebanyak RM5 bilion secara berperingkat untuk menyediakan penyelesaian mobiliti hijau di Malaysia."

Wan Fayshal Hadir MoU Antara Computer Forms (Malaysia) Berhad dan Energy Absolute Public Company Limited

By Amirul Shaufiq Zulkifli - 26 September 2022 ...siap ada gambar mat jargon besar dlm berita malaysiagazette ni

--------------------

rujuk berita2 tu serta tarikh berita2 tu

masa berita pasal energy absolute ni muncul pada 5 januari lalu, aku agak masa tu mesti akan dijadikan modal politik.. tengok2 rupa2nya mmg betul

aku dah kata dah... anjing2 pn dlm porem ni lemah

zaman kemaruk dll masa diorg jadi anjing2 bn dulu boleh dikatakan hebat jugak la.. banyak info, fakta

tapi anjing2 pn ni agak lemah... lebih kepada mengharapkan kelemahan ph berbanding menghebahkan kelebihan pn
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 31-1-2023 07:50 PM
Computer Forms partners Thailand's Energy Absolute to sell, produce EVs in Malaysia

Kang Siew Li /  ...

Ejalti.. Highflyer.. Perwira.. tersenyum sinis

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.054759 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list