CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 318|Reply: 0

[Kelantan] 'Kami tak abaikan abah'

[Copy link]
Post time 31-1-2023 12:54 PM | Show all posts |Read mode
Tumpat: Tiada siapa sangka sebuah bangsal kecil yang dilitupi kanvas di tepi semak di Kampung Berangan di sini, dihuni seorang lelaki warga emas.

Fauzi Ismail, 70, menjadi penghuni bangsal itu sejak tiga bulan lalu selepas bertindak keluar dari rumah anaknya tanpa sebarang sebab.

Anaknya, Mohd Fauzan Fauzi, 32, berkata, sebelum ini bapanya itu tinggal bersamanya di rumah milik keluarga di Kampung Berlian, tidak jauh dari situ, namun tiba-tiba keluar sebelum membina bangsal berhampiran semak.

"Doktor mengesahkan abah menghidap bipolar disorder (kecelaruan rasa hati) dan penyakit itu didiagnos sejak 2008 lagi apabila banyak sikapnya berubah antaranya menjadi perengus, sering lupa, bercakap merapu dan kerap berasa panas.

"Dia ada mengambil ubat hospital tapi tidak lama kemudian kami mengambil keputusan untuk menghentikan pengambilannya (ubat) kerana melihat ada perubahan pada dirinya.

"Sejak beberapa bulan kebelakangan ini keadaannya kembali teruk dan secara tiba-tiba keluar dari rumah dan tinggal tepi hutan ini sehingga timbul cakap-cakap orang yang kami adik-beradik mengabaikan abah," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Mohd Fauzan berkata, bapanya dahulu adalah seorang jurulatih sukan Muay Thai yang hebat dan mengetuai satu kelab sukan itu di Kuantan, Pahang sebelum pulang ke kampung halaman.

Dia berkata, sejak dari itu bapanya seakan bertukar karakter yang menjadikan dia baran, pelupa dan 'kepanasan' menyebabkan mereka sekeluarga cuba ikhtiar dengan rawatan alternatif.

"Beberapa pengamal perubatan Islam sudah dipanggil namun tiada perubahan malah pernah juga kami mengadakan pertunjukan Muay Thai untuk 'segar angin' (kembalikan semangat) tapi tetap juga tiada perubahan," katanya sambil memberitahu keadaan Fauzi ada ketikanya normal dan sesekali akan timbul karakter yang berbeza.

Terdahulu Fauzi dikunjungi pengerusi badan bukan kerajaan Chempaka Merah Asnaf Society, Che Norhayati Mohamed yang menyampaikan sumbangan wang zakat untuk kegunaan Fauzi.

Keadaan dalam bangsal yang kecil itu dipenuhi dengan timbunan pakaian terpakai yang dikutip Fauzi di premis bundle (pakaian terpakai) berhampiran dengan tujuan dibakar untuk menghalau nyamuk.

Bangsal itu juga tiada bekalan elektrik manakala untuk membersihkan diri, Fauzi akan mengambil air dari rumah saudaranya, tidak jauh dari situ dan sesekali ke masjid berhampiran.

Mohd Fauzan berkata, dia dan lima adik-beradiknya berhasrat untuk membina rumah kecil buat bapanya di tapak bangsal berkenaan namun masing-masing mempunyai kekangan ekonomi sekali gus menjadikan impian itu entah tertunai atau tidak.

"Makan minum abah pula di kedai makan dan penduduk di sekitar kawasan ini sudah tidak asing dengannya jadi biasanya akan ada yang sudi membayarkan harga makanannya," katanya yang berniaga burger kecil-kecilan.


BANGSAL kecil dilitupi kanvas yang dihuni Fauzi. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... baikan-abah-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.070773 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list