CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 260|Reply: 0

[Melaka] Bekas ustazah didakwa pukul rakan sekerja

[Copy link]
Post time 31-1-2023 12:49 PM | Show all posts |Read mode

TERTUDUH (tengah) di mahkamah. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad

Melaka: Bekas ustazah sekolah rendah agama (SRA) didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas tuduhan mendatangkan kecederaan parah terhadap rakan sekerjanya pada 2022.

Tertuduh, Nurul Hidayah Khairuddin, 24, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Mengikut pertuduhan dia didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap rakan sekerja, 24, di SRA JAIM Taman Bukit Rambai, pada 28 September 2022.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikanTimbalan Pendakwa Raya J Banusha menawarkan jaminan RM8,000 berserta syarat tidak mengganggu pengadu dan saksi kes.

Tertuduh diwakili peguam Mohd Fahmy Mohd Sulaiman bagaimanapun merayu jumlah itu dikurangkan kerana anak guamnya sudah diberhentikan sebagai guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) selepas kejadian itu dan kini hanya ditanggung ibu dan bapanya bersama lima lagi adik-beradiknya.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM3,000 berserta syarat dipohon pendakwaan dan kes akan disebut semula 13 Mac ini untuk pengurusan kes.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pukul-rakan-sekerja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.525779 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list