CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1305|Reply: 14

Tinggal Seorang Diri Di Bangsal Tepi Semak, Anak Nafi Abaikan Bapa "Dia Selalu 'Kepanasan', Baran, Pelupa"

[Copy link]
Post time 31-1-2023 11:58 AM | Show all posts |Read mode
Tumpat: Tiada siapa sangka sebuah bangsal kecil yang dilitupi kanvas di tepi semak di Kampung Berangan di sini, dihuni seorang lelaki warga emas.


Fauzi Ismail, 70, menjadi penghuni bangsal itu sejak tiga bulan lalu selepas bertindak keluar dari rumah anaknya tanpa sebarang sebab.


Anaknya, Mohd Fauzan Fauzi, 32, berkata, sebelum ini bapanya itu tinggal bersamanya di rumah milik keluarga di Kampung Berlian, tidak jauh dari situ, namun tiba-tiba keluar sebelum membina bangsal berhampiran semak.




Foto: Harian Metro




"Doktor mengesahkan abah menghidap bipolar disorder (kecelaruan rasa hati) dan penyakit itu didiagnos sejak 2008 lagi apabila banyak sikapnya berubah antaranya menjadi perengus, sering lupa, bercakap merapu dan kerap berasa panas.


"Dia ada mengambil ubat hospital tapi tidak lama kemudian kami mengambil keputusan untuk menghentikan pengambilannya (ubat) kerana melihat ada perubahan pada dirinya.


"Sejak beberapa bulan kebelakangan ini keadaannya kembali teruk dan secara tiba-tiba keluar dari rumah dan tinggal tepi hutan ini sehingga timbul cakap-cakap orang yang kami adik-beradik mengabaikan abah," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.


Mohd Fauzan berkata, bapanya dahulu adalah seorang jurulatih sukan Muay Thai yang hebat dan mengetuai satu kelab sukan itu di Kuantan, Pahang sebelum pulang ke kampung halaman.


Dia berkata, sejak dari itu bapanya seakan bertukar karakter yang menjadikan dia baran, pelupa dan 'kepanasan' menyebabkan mereka sekeluarga cuba ikhtiar dengan rawatan alternatif.


"Beberapa pengamal perubatan Islam sudah dipanggil namun tiada perubahan malah pernah juga kami mengadakan pertunjukan Muay Thai untuk 'segar angin' (kembalikan semangat) tapi tetap juga tiada perubahan," katanya sambil memberitahu keadaan Fauzi ada ketikanya normal dan sesekali akan timbul karakter yang berbeza.


Terdahulu Fauzi dikunjungi pengerusi badan bukan kerajaan Chempaka Merah Asnaf Society, Che Norhayati Mohamed yang menyampaikan sumbangan wang zakat untuk kegunaan Fauzi.


Keadaan dalam bangsal yang kecil itu dipenuhi dengan timbunan pakaian terpakai yang dikutip Fauzi di premis bundle (pakaian terpakai) berhampiran dengan tujuan dibakar untuk menghalau nyamuk.


Bangsal itu juga tiada bekalan elektrik manakala untuk membersihkan diri, Fauzi akan mengambil air dari rumah saudaranya, tidak jauh dari situ dan sesekali ke masjid berhampiran.


Mohd Fauzan berkata, dia dan lima adik-beradiknya berhasrat untuk membina rumah kecil buat bapanya di tapak bangsal berkenaan namun masing-masing mempunyai kekangan ekonomi sekali gus menjadikan impian itu entah tertunai atau tidak.


"Makan minum abah pula di kedai makan dan penduduk di sekitar kawasan ini sudah tidak asing dengannya jadi biasanya akan ada yang sudi membayarkan harga makanannya," katanya yang berniaga burger kecil-kecilan. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2023 12:24 PM | Show all posts
boleh pulak tengok dah ok berhenti bagi ubat..
ingat bipolar tu macam demam boleh kebah ke..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Wei mkn je lah ubat. Kak yah pun mkn ubat tu yg dh elok sikit perangai bbrp tahun kebelakangan ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 12:36 PM | Show all posts
Edited by eyansss at 31-1-2023 12:40 PM
Dia ada mengambil ubat hospital tapi tidak lama kemudian kami mengambil keputusan untuk menghentikan pengambilannya (ubat) kerana melihat ada perubahan pada dirinya.

siapa ko nak decide untuk hentikan ubat bapak ko???  ko psychiatrist ke?  doc pakar ke?  bodoh…

Beberapa pengamal perubatan Islam sudah dipanggil namun tiada perubahan malah pernah juga kami mengadakan pertunjukan Muay Thai untuk 'segar angin' (kembalikan semangat) tapi tetap juga tiada perubahan," katanya sambil memberitahu keadaan Fauzi ada ketikanya normal dan sesekali akan timbul karakter yang berbeza.
ni lagi bodoh berganda...  dah elok2 apak ko ok makan ubat, pastu ko stop n buat benda2 ni...  bangang...  bapak ko tu otak dia tengah haywire dan perlukan ubat untuk regulate balik...  ko panggil la imam masjidilharam ke, chief of muay tay ke, memang takkan ada perubahan selagi bapak ko tak regulate balik otak dia...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana boleh brenti..
Nanti dia jadi.manic..
Ada someone iols.kenal..pandai2 stop.ubat..
Jumpa.psikiatri..cite.apa.yang dia buat...psikiatri.tu marah dia..sebab tau dia stop.ubat dari segi cerita.dia.tu..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Jiran lama dulu tok laki bipolar.
Asal dia benti mkn menjadi.
Ank bini pn dia nk parang.
Time mkn obt mmg aku puji bapak & laki yg baik.
Tp mkn ubt psych ni bdengung dia len mcm.
Lain org len side effects.
Sian pakcik ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2023 01:15 PM | Show all posts
Anak2 tu silalah bawak bapak ke hospital semula.

Biar doktor check balik. Kalau doktor kata perlu mkn ubat sepanjang hayat, makanlah.

Mesti ada anak yg monitor bapak dia mkn ubat. Kalau tak, mmglah bapaknya takkan mkn. Sbb dia akan kata dia tak sakit, apesal pulak kena mkn ubat.

Bukan setakat takut bapak mencederakan diri sendiri dan anak2 tapi takut mencederakan org ramai jugak bila naik angin nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg tk amik berat pun kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2023 02:00 PM | Show all posts
Ubat kencing manis pon doktor bg sampai bila2 untuk control penyakit, ni kan pulak sakit mcm ni.

Pandai2 engkau ja stop kan ubat
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 02:02 PM | Show all posts
Kembalilah makan ubat balik untuk kebaikkan bersama
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 02:09 PM | Show all posts
semua tu alasan

orang miskin ni sifatnya hanya berserah, usaha lebih kurang selebihnya que sera sera kata lain 'malas' lah

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 02:44 PM | Show all posts
1. nape ko berhentikan ubat? bukan ubat tu free ke.. so, xtimbul masalah kewangan..
2. nape bapak dia makan di 'sponsor' orang kampung..ko xleh hantar nasik ke kat bapak tu? kalau ko orang susah, bagi je la bapak tu makan sama mcm ko makan..kalau ko makan ikan kering, bapak pun bagi la ikan kering..janji makan..bukan merata rawa makan kat kedai..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 03:17 PM | Show all posts
Sendiri yang stop bagi ubat dekat bapak, sendiri yang claim bapak heols buat perangai. Apa jenis anak la.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 03:20 PM | Show all posts
better makan ubat...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 08:16 AM | Show all posts
buatan orang kah?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.071461 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list