CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1615|Reply: 22

Saujana Buat Konsert Sempena Ulang Tahun Ke-25, Himpun Semua Anggota Asal

  [Copy link]
Post time 31-1-2023 11:52 AM | Show all posts |Read mode
Bagia mengubati rindu peminat, Saujana bakal mengadakan konsert bersempena ulang tahun ke-25 penubuhan kumpulan nasyid popular berkenaan.


Suffian atau Mohammad Suffian Amrin yang mewakili kumpulan tersebut berkata, idea mengadakan konsert istimewa tersebut tercetus semasa mereka mengadakan persembahan di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK) yang merupakan lokasi tertubuhnya Saujana.




Foto: mStar




"Waktu itu ada program alumni di sekolah dan kami membuat persembahan beberapa lagu. Ada alumni lain yang bertanya tentang konsert Saujana.


"Asalnya memang kami rancang nak buat persembahan berskala kecil seperti minum petang tetapi hikmah pandemik dan persahabatan yang terjalin sejak bangku sekolah mencetuskan idea konsert ini.


"Kami juga sangat bersyukur kerana mendapat Dana Kandungan Digital (DKD) daripada pihak kementerian yang sangat membantu anak seni seperti kami bergiat lebih aktif,” katanya.


Suffian berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Konsert Saujana 25 Tahun yang berlangsung di ibu kota baru-baru ini.


Lebih menarik lagi apabila konsert ini bakal menggabungkan kesemua anggota Saujana yang lain antaranya, Ahmad Zuhaidi Abdul Aziz, Dr Khairul Idzwan atau Idzu Baharin, Mohd Hakimi Harun, Dr Faizul Hizal Ghazali, dan Wan Najran Wan Noh.


Sementara itu, pengarah projek Konsert Saujana, Zuhaidi menjelaskan idea untuk menggabungkan semula Saujana dalam sebuah persembahan tercetus sejak lima tahun lalu.


“Apabila melihat ramai kawan-kawan dalam arena muzik nasyid membuat konsert melalui dana DKD, kami juga rasa terpanggil untuk buat.


“Lebih-lebih lagi Saujana tidak pernah buat konsert. Sedangkan kumpulan nasyid lain ada yang sudah buat lebih dari sekali konsert. Alhamdulillah, inilah masanya untuk kami gabungkan semula ahli-ahli lama untuk menghargai 25 tahun penglibatan Saujana,” kata Zuhaidi.




Foto: mStar




Konsert Saujana 25 Tahun ini menampilkan konsep persembahan yang unik menerusi gabungan lagu ketuhanan dengan irama tradisional, hasil kolabrasi Saujana dengan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) dibawah pimpinan Yazid Zakaria.


Dalam pada itu, konsert ini turut dibantu rakan rasmi seperti Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur, Istana Budaya Orkestra Tradisional Malaysia (OTM), AnNadi serta Zepp Kuala Lumpur.


Konsert ini turut menampilkan artis jemputan seperti Nazrey Johani, Ustaz Nabil, kumpulan Awla dan Andika.


Tiket dijual pada harga RM265 (Upper Deck- Platinum dan Ground Platinum), RM213 (Upper Deck-Gold dan Ground Gold), RM161 (Upper Deck- Silver dan Ground Silver) serta RM109 (Ground Bronze) dan boleh dibeli menerusi www.ticket2u.com.my. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2023 11:56 AM | Show all posts
Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih
Jiwaku terasa terseksa ketandusan kasihmu
Marilah kita bina bersama-sama
Keluarga bahagia oh
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 02:02 PM | Show all posts
Lain bona dr izu

dlm bedio klip zaman dedolu

dgn laa nih

lempok ke jantanz sejati
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 02:21 PM | Show all posts
Dorang ni still nampak muda
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 02:38 PM | Show all posts
dapnya Zalie Rahman / Azalinor...... crushhhhhh terukkkk daripada meols remajaahhh.. hehehe

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepohon kayu daunnya rimbun
Marilah kita bina bersama- sama~~~ keluarga bahagia(sengetkan sikit mulut)
Sekeping hati dibawa berlari... jauh melalui jalanan sepi~~~

iouls lagi suka saujana berbanding UNIC dan seangkatan dengannya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2023 03:09 PM | Show all posts
anggota saujana bukan 5 org ker? ni dah ada 7 org? aku cuma ingat yg baju pink tu je sebab dulu gelap sekarang dah cerah, dulu keras sekarang mcm lempok heheheheheh
pakcik 2 org kat tepi tu mmg geng saujana ke, mcm terlebih usia je
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 06:20 PM | Show all posts
dr izu tu boleh blend lagi ke dgn group member lain...
tgk gambar heshe paling awkward
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2023 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan elok mcm saujana ni…buarpun dr izu dh jd kelepuk tetap juga dipanggil menyanyi.

Manakala raihan masih bitter walaupun dh berpuluh tahun. Tak dinafikan suara nazrey tu yg buat jutaan netizan dahulu kala insaf
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboi yg tengah tu
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
SiMontel replied at 31-1-2023 03:09 PM
anggota saujana bukan 5 org ker? ni dah ada 7 org? aku cuma ingat yg baju pink tu je sebab dulu gela ...


5 org tp bila ada yg keluar dia ganti baru. bila kumpul semua jadi la 7 org. dlm gmbr first tu dua dari kiri abg Najdi UNIC. yg sebelah dia (hujung sekali) tu doktor.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 12:18 AM | Show all posts
tagas replied at 31-1-2023 02:02 PM
Lain bona dr izu

dlm bedio klip zaman dedolu

motif sangat soalan chuols iya, heshe memang hadek2 pon, namun ada porumer yang pernah bersama2 dengan heshe join bantuan kemanusiaan kat Syiria, katanya heshe sejenis baik soft spoken dan senanglah kerja dengan heshe sebab tak menyakitkan hati. Sapa entah porumer tu harap heshe ada kat sini yach untuk sexplain
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 12:20 AM | Show all posts
peachnfamous replied at 31-1-2023 09:11 PM
5 org tp bila ada yg keluar dia ganti baru. bila kumpul semua jadi la 7 org. dlm gmbr first tu dua ...

iols suka dengar suara najdi sebab nada tinggi, pastu sebelum ni heshee keluar unic, dan iols rasa macam ada persengketaan antara diorang...speku je lah sebab tetiba masa pkp tu dia keluar dan masa sama dapat baby baru.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Dr. Izu pernah jadi imam solat Jumaat di bandar kami. Masa tu Saujana diundang buat persembahan sempena tilawah al Quran. Time tu lah juga trend baju Melayu moden seluar slack...Hehehe!
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 03:04 AM | Show all posts
tagas replied at 31-1-2023 02:02 PM
Lain bona dr izu

dlm bedio klip zaman dedolu

Memang lempuk durian dari zaman dulu pun

Bezanya dulu sekolah lagi mmg nampak naif sikit


Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 03:14 AM From the mobile phone | Show all posts
I penh bce.. dr izu ckp.. die trharu.. dorg x penh jidge dr izu.. before ni lagi kelempuk heshe.. ngn rambut blond.. mackup cm pondey..  tpi dak2 saujana lain still treat die cm dolu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2023 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Takde la nampak tua pun eh dorang ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 08:28 AM | Show all posts
ok wateva. yg terpaling pakai baju merah tu hadek2 sgt
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
I mmg btl2 nak tgk concert diorg ni, tapi time concert tu pulak ada hal. Dlm bnyk2 hari, kenapa la diorg buat 5/3. Harap tahun ni diorg buat lagi persembahan dekat buffet berbuka puasa hotel movenpick. Confirm i pergi, insyaAllah. Yg penting ada Dr Izu, since i mmg minat btl kat dia dulu. X kisah la dia makin lembut ke apa, sbb i suka dia nyanyi, bukan personaliti dia
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Saujana ni mmg muda2 lagi ahlinya antara late 30s and early 40s kan.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.068289 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list