CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3119|Reply: 33

[Tempatan] Ibu terpaksa buang mainan anak, ada apa dengan patung rusa kuning?

  [Copy link]
Post time 31-1-2023 11:44 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Seorang ibu terpaksa membuang rusa mainan milik anaknya yang dipercayai berhantu dan sering menganggu keluarganya ketika mereka tidur.

Berdasarkan video yang dikongsi oleh wanita itu menerusi akaun TikTok miliknya @sarasaera1, dia secara umum telah menerangkan mengenai pelbagai kejadian aneh yang berlaku sejak barang mainan itu dibeli.

“Dah lama tahan, kali ini betul-betul nekad. Terlalu banyak kejadian aneh, tidak mahu percaya tetapi kena percaya juga sebab terlalu kerap terjadi, sebelum ini aku baca kisah orang sahaja tetapi kali ini terjadi pada aku sendiri,” jelas @sarasaera1

Wanita tersebut juga mendakwa bahawa terlalu banyak gangguan datang daripada mainan itu, sekali gus mengganggu emosi bukan sahaja anaknya tetapi tetamu yang datang menginap di rumahnya.

“Anak aku seolah main dengan seseorang apabila dia bermain dengan benda (mainan) ini.

“Semalam ada tetamu datang tidur di bahagian ruang tamu dan pagi ini dia memberitahu bahawa dia tidak dapat tidur kerana mendengar bunyi seperti orang yang sedang berdengus marah berkali kali, dia yakin bunyi itu daripada mainan ini.

“Pagi ini aku mengambil keputusan, sini sahaja tempat kau (tong sampah), harap selepas ini kau sudah tidak mengganggu aku,” tegas @sarasaera1.

Lantaran perkongsian itu tular, majoriti besar orang ramai menzahirkan rasa seram dan terdapat juga orang ramai yang mengalami kejadian aneh yang hampir sama.

“Betul tu kakak, saya ada juga mainan binatang ni, warna merah. anak kedua saya suka main, dia suka lompat atas itu. Satu malam itu saya sedang solat di ruang tamu, saya perasan mainan duduk dekat kerusi depan pintu bilik. Seusai solat, saya tengok benda itu duduk betul2-betul di belakang, sedangkan semua anak-anak saya sudah tidur ketika itu,” @IdaHearts.

“Biasa kalau benda macam ini kena selalu main dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Nanti ada yang menumpang. Cacatkan mainan itu macam conteng-conteng sikit maksudnya,” komen @fingertouch.

Setakat ini, perkongsian seram tersebut telah meraih sebanyak lebih 200,000 tontonan, 2,738 tanda suka dengan 258 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2023 11:46 AM | Show all posts
alala...patung pula jadi mangsa kena buang
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Edisi mastika abah kau hagitchew dek.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 11:57 AM | Show all posts
alaaa takde video ke?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Tetamu dengar bunyi mendengus kuat tu Entah2 daripada kau dengan laki kau. Lepas tu kau salahkan mainan ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 12:22 PM | Show all posts
sisturrr...share la video
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2023 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo bhantu level annabelle,takat ko buang benda tu datang balik....ttiba balik umah tengok anak ko dok bmain ngan patung tu,boleh pengsan terus
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
riyadhK replied at 31-1-2023 11:59 AM
Tetamu dengar bunyi mendengus kuat tu Entah2 daripada kau dengan laki kau. Lepas tu kau salahkan mai ...

Dah kenapa pulak laki bini tu mendengus serupa kambing gurun???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2023 01:23 PM | Show all posts
tikusmontok replied at 31-1-2023 01:17 PM
Dah kenapa pulak laki bini tu mendengus serupa kambing gurun???

main main main main main main

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ingat kuda tu geng dia la tu dek.. bertanduk bagai
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 01:35 PM | Show all posts
Rutin buang sampah dihari-hari biasa, taknak upload ke?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 02:02 PM | Show all posts
Tapi kan banyak artikel post pasal patung ni. Entah betul entah idokk.
Yang pasti, aku tak suka patung
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 02:07 PM | Show all posts
kalau cerita dari tiktok... semua propa jah dan hassanal bolkiah...

yang berhantu tu maknyaa... hantu fon... tangan berjahit dekat fon dan kurang perhatian... perlu lempang 1x depan2 untuk bagi dia sedar dari kesurupan....
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 02:10 PM | Show all posts
MoonRise replied at 31-1-2023 02:02 PM
Tapi kan banyak artikel post pasal patung ni. Entah betul entah idokk.
Yang pasti, aku tak suka patu ...

anak aku dekat taska, cikgu cerita pasal haiwan peliharaan.. pet.Anak aku pon bukak cerita..

dia ada pet..
warna merah..
selalu main dengan dia..
sayang dia..
suka main sorok2..


cikgu dia pelik.. pet apa warna merah.. wasap aku tanye.
aku berderau darah.. ingat kot anak aku ada imagination friend ke..
then aku suruh cikgu tanye sape nama pet dia..
dia jawab 'Isabella'.

fuhh..
mendalah kuda ni makcik dia belikan warna merah. Dia namakan isabella.
Puas main menatang ni lompat2.. sekali abang dia teringin gak main.. pi henyak.. habis kempis. Arwah Isabella


Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni patung kuda kuning anak aku

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 02:14 PM | Show all posts
margo20 replied at 31-1-2023 02:11 PM
Ni patung kuda kuning anak aku

hahahaha, kalau mcm ni ok kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2023 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
margo20 replied at 31-1-2023 06:11 AM
Ni patung kuda kuning anak aku

Ya Allah dah serupa gundurowo dah kena conteng gitu sis.

Aiols pun ada patung jenis ni kat rumah. Tapi warna merah. Ok je. Rasanya rumah acik ni yang hada penunggu tapi disalahkan pula patung.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 02:40 PM | Show all posts
talapia replied at 31-1-2023 02:10 PM
anak aku dekat taska, cikgu cerita pasal haiwan peliharaan.. pet.Anak aku pon bukak cerita..

dia  ...

hahah. Ok la tu dah innalillah.
Orang kata barang mainan macam patung ni tak boleh di jaga elok2 sgt.
So kena baling2 hentam2 la sikit kot.

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 02:49 PM | Show all posts
dulu.. makcik aku klau blk kg. msti bw segala mcm bear2 ank2 dia.. pastu atuk aku suh simpan dlm almari bila nk tdo.. hahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 02:54 PM | Show all posts
Berdasarkan video yang dikongsi oleh wanita itu menerusi akaun TikTok miliknya @sarasaera1, dia secara umum telah menerangkan mengenai pelbagai kejadian aneh yang berlaku sejak barang mainan itu dibeli.


Ok noted.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.073695 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list