CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 281|Reply: 1

[Wilayah Persekutuan] 904 individu ditangkap menerusi Op Limau

[Copy link]
Post time 31-1-2023 11:44 AM | Show all posts |Read mode

ANTARA individu ditahan menerusi Op Limau di seluruh negara bagi tempoh 15 hingga 29 Januari lalu. FOTO Ihsan PDRM

Kuala Lumpur: Seramai 904 individu terbabit aktiviti perjudian ditangkap menerusi 137 serbuan Op Limau di seluruh negara, dengan rampasan bernilai RM513,793, bagi tempoh 15 hingga 29 Januari lalu.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, jumlah itu membabitkan kategori judi dalam bangunan dan judi luar bangunan.

"Judi dalam bangunan merekodkan 650 tangkapan menerusi 86 serbuan dengan (nilai) rampasan RM440,647, manakala judi luar bangunan mencatatkan 254 tangkapan dalam 51 serbuan membabitkan (nilai) rampasan RM73,146.

"Bagi judi dalam bangunan, Selangor mencatatkan jumlah tangkapan, serbuan dan rampasan tertinggi iaitu 134 individu ditahan menerusi 17 serbuan dengan (nilai) rampasan RM179,639 .

"Sementara itu, Sarawak merekodkan jumlah tangkapan tertinggi bagi judi luar bangunan iaitu seramai 59 orang dengan rampasan tertinggi pula direkodkan di Pulau Pinang iaitu (nilai rampasan) sebanyak RM29,159," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Noorsiah berkata, kedua-dua kategori kegiatan perjudian itu disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953 dan Seksyen 7(1) akta sama.

"Op Limau dijalankan selama 15 hari di seluruh negara bagi membanteras aktiviti perjudian dalam bangunan dan tempat terbuka sempena Tahun Baharu Cina.

"PDRM akan mengambil tindakan tegas kepada individu yang menganjur dan menjalankan pertaruhan berlandaskan undang-undang dalam usaha menangani aktiviti perjudian.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kegiatan perjudian boleh menghubungi Hotline WhatsApp Op Limau di talian 016-5773477 untuk tindakan lanjut," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... p-menerusi-op-limau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2023 11:58 AM | Show all posts
bagila diorang happy happy sambut tahun baru sekejap.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:51 AM GMT+8 , Processed in 0.048539 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list