CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 714|Reply: 12

Penganggur Toreh Bibir Lelaki Sebab Bengang Ditegur Tendang Kon

[Copy link]
Post time 31-1-2023 11:36 AM | Show all posts |Read mode
Ampang: Penganggur ditahan polis selepas disyaki menyebabkan kecederaan dengan menoreh bibir seorang lelaki yang menegurnya kerana menendang kon.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, lelaki warga Myanmar berusia 32 tahun itu ditahan di Jalan Permai di sini, pada 11.15 pagi tadi.




Gambar Hiasan




"Kejadian dikatakan berlaku kira-kira 5 petang Jumaat lalu, selepas mangsa mengekori suspek yang dilihat menendang kon di hadapan kedai runcitnya sebelum ini.


"Suspek mendakwa berbuat demikian kerana disuruh oleh orang lain.


"Selepas itu, suspek secara tiba-tiba mengeluarkan senjata tajam seperti pisau lalu melibas ke muka mangsa dan mengenai bibirnya," katanya dalam kenyataan hari ini.


Mohamad Farouk berkata, susulan kejadian mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Ampang sebelum membuat laporan polis.


Katanya, polis yang menjalankan siasatan kemudian menahan suspek dan merampas sebatang besi diubah suai yang disyaki digunakan dalam kejadian itu.


"Siasatan mendapati punca kejadian disebabkan suspek tidak puas hati selepas pengadu menegurnya kerana menendang kon," katanya.


Menurutnya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Ampang untuk permohonan reman esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2023 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Hantar balik.  Deportation.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 11:54 AM | Show all posts

Dlm lokap elok dibagi pelempang dan terajang barang 5 kali, Datang negara orang tunjuk samseng pulak ek.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 11:58 AM | Show all posts
bela lagi pendatang ni..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 12:09 PM | Show all posts
..tu mau dah setengah dekad dah kot ada kat sini..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 12:21 PM | Show all posts
amboi besar kepala pendatang ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2023 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Babi la warga Myanmar ni...bawak senjata ..depa ingat Malaysia ni mcm negara depa ke buat undang2 sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Rohingya lettew
Kat.klinik.sini.iols ada nampak.rohingya dtg..
Semata nak cek sakit je..sekampung datang teman..jilaka buat penuh klinik.je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2023 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama2 naik tocang la pendatang ni. Makin berani sbb kaum dia pn dah ramai kt sini
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 06:07 PM | Show all posts
Tapakkan reramai sampai pupus hanat ni..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 08:20 PM | Show all posts
itupun muntri-muntri nak bawak masuk lagii

alasan diorang, ekonomi hampir lumpuh sebab takde pekerja asing

tokey-tokey industri takde pekerja yang boleh dipijak

pekerja tempatan susah pijak, sebab tau hak dan akta pekerja

aaa jilake bukan

kita nak keluar pegi kedai pun risau, keliling penuh dengan orang diorang je. dari pekerja, sampai la peniaga runcit bagai.
orang tempatan nak bukak meniaga, semua kena hembus dikatupnya
puak2 ni kebal lagi bebal dari tindakan undang-undang

Kera di hutan di susukan
anak di rumah mati kelaparan

aaa jilake punya kera
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 08:14 AM | Show all posts
nohhhhhh norsiahh
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 08:26 AM | Show all posts
mangsa letak kon depan kedai pasal nk chop parking ka?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.102186 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list