CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 970|Reply: 9

[Dunia] Scotland henti pindah maknyah ke penjara wanita

[Copy link]
Post time 31-1-2023 10:32 AM | Show all posts |Read mode
LONDON: Kerajaan Scotland akan menghentikan pemindahan wanita transgender dengan rekod keganasan terhadap wanita ke semua penjara wanita di negara itu.

Langkah itu diambil beberapa hari selepas seorang perogol maknyah dikeluarkan dari penjara negara itu.

Ia juga merupakan perkembangan terbaharu dalam kontroversi yang sudah lama berlarutan di negara berkenaan.

Pengumuman kerajaan itu dibuat berikutan terdapat bantahan awam selepas wanita transgender, Isla Bryson, 31, disabitkan kesalahan merogol dua wanita sebelum tempoh peralihannya untuk dibebaskan dari penjara wanita Cornton Vale yang kesemuanya wanita.

Media Britain juga melaporkan bahawa seorang lagi banduan wanita transgender, Tiffany Scott, dianggap berisiko selepas mengganggu seorang gadis berusia 13 tahun yang akan dipindahkan ke penjara wanita.

Menteri Kehakiman Scotland, Keith Brown berkata, beliau turut mengarahkan semakan segera terhadap amalan semasa sistem perundangan di negara itu.

Kata Brown, isu wanita transgender melakukan kesalahan ganas dan seksual adalah subjek yang sangat beremosi dan kebimbangan orang ramai boleh difahami.

Tetapi, jelasnya lagi, beliau memberi amaran kepada orang ramai bahawa stigma terhadap wanita transgender adalah merupakan satu ancaman sambil menekankan bahawa lelaki pemangsa adalah lebih berisiko kepada wanita.

Isu transgender menjadi perhatian di Scotland selepas kerajaan meluluskan undang-undang pada Disember tahun lalu yang memudahkan orang ramai mengenal pasti jantina mereka.

Brown berkata, pengumuman mengenai perkara itu (pengasingan transgender) kelmarin tidak ada kaitan dengan undang-undang Scotland yang disekat termasuk keperluan untuk diagnosis perubatan bagi mengenal pasti diri sebagai transgender dan menurunkan umur kelayakan daripada 18 kepada 16 tahun.-AFP

https://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/01/scotland-henti-pindah-maknyah-ke-penjara-wanita/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2023 12:07 PM | Show all posts
Langkah itu diambil beberapa hari selepas seorang perogol maknyah dikeluarkan dari penjara negara itu.


maksud dia pengkid rogol maknyah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 01:43 PM | Show all posts
Banduan wanita dalam penjara tu pun bukan semua lemah gemalai tulen pun. Tanpa trans pun melesbo sesama sendiri. Silap2 trans kelempuk ni yang kena gang bang.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 02:18 PM | Show all posts
minguk replied at 31-1-2023 12:07 PM
maksud dia pengkid rogol maknyah ke?

semasa kes tersebut berlaku, Isla adalah seorang lelaki yg sedang dalam rawatan hormon wanita dan belum menjalani pembedahan utk menukar alat sulit.


Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 03:02 PM | Show all posts
isu transgender nih selalunya berdegar2 kat socmed jah... echo chamber kheenn. dunia fantasi di mana ngko punya ideologi lah yg terbaik dan terpaling mulia. tp bila ko keluar sejenak drpd pc/henpon dan berpijak di dunia nyata, baru ko sedar benda ni mustahil ko nak paksa org terima.

perasan tak trans male to female yg byk menyalak berbanding f to m? dan benda yg dia org paling sibukkan adalah penjara dan sukan wanita? pakailah gaun, mekap tebal2 dan potong bebird - misogynistic views, male privilege and entitlement tetap terpancar jelas anyhoo... bukan konservatif saja, fahaman ultra liberal pun boleh terjerumus jd fascism ya.

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 31-1-2023 03:02 PM
isu transgender nih selalunya berdegar2 kat socmed jah... echo chamber kheenn. dunia fantasi di mana ...

Selain penjara dan sukan wanita, tandas pun mereka rebutkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2023 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak sgt bukan maknyah dek! Nyah rogol pompuan
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 03:25 PM | Show all posts
awanearisu replied at 31-1-2023 03:07 PM
Selain penjara dan sukan wanita, tandas pun mereka rebutkan

Yup. Apa2 saja safe space utk wanita dan kanak2 pompuan, dia org demand nak jugak.

Ini bukan isu transphobia lagi tp self-preservation utk kaum perempuan tulen. Kalau ada masa terluang cuba cari buku The Gift of Fear, faktor utama menyebabkan kaum wanita jd mangsa adalah sbb sifat terlampau bersangka baik, mengalah dan bertimbang rasa dgn strangers. Kali ni jantan2 berniat jahat mempergunakan isu transgender pulak utk memperbodohkan kaum wanita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2023 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 31-1-2023 03:25 PM
Yup. Apa2 saja safe space utk wanita dan kanak2 pompuan, dia org demand nak jugak.

Ini bukan isu  ...


Kita terjumpa sedikit petikan bab pertama buku ini di dalam laman web NYTimes. Agak menarik.
Nanti kita cari buku tersebut. Terima kasih dani.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 31-1-2023 11:25 PM

Maknyah tak potong lagi. Kalau maknyah mcm bangjat tu tak merogollah kan?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.268493 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list