CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 383|Reply: 1

Lionel Messi Raih No.1 Senarai 100 Pemain Bola Sepak Terbaik, Cristiano Ronaldo Jatuh Ke Tangga 51

  [Copy link]
Post time 31-1-2023 09:36 AM | Show all posts |Read mode
Lionel Messi meraih semula status sebagai pemain bola sepak lelaki terbaik dunia, manakala Cristiano Ronaldo menyaksikan kejatuhannya sebanyak 43 anak tangga.


Panel pakar untuk The Guardian melengkapkan senarai tahunan mereka, yang didahului oleh Robert Lewandowski pada 2021 dan 2022, dengan Messi kini mendahului.


Semuanya disebabkan prestasi PSG yang bertambah baik dan membawa Argentina menjulang Piala Dunia.




Foto: mStar




Messi yang berusia 35 tahun merupakan pilihan yang jelas, begitu juga dengan kejatuhan senarai Ronaldo.


Dengan Messi berada di atas, rakan sepasukannya di PSG dan naib juara Piala Dunia, Kylian Mbappe dinamakan di tempat kedua, setelah menjaringkan hatrik yang tidak dapat dilupakan dalam kekalahan Perancis.


Pemenang Ballon d'Or, Karim Benzema menduduki tempat tiga teratas selepas terlepas Piala Dunia kerana kecederaan, dengan pemain terbaik Manchester City Erling Haaland di tempat keempat.


Modric kembali dalam lima teratas setelah berada di kedudukan teratas pada 2018, dengan Kevin De Bruyne, Lewandowski, Vinicius Junior, Thibaut Courtois dan Mohamed Salah semuanya berada dalam top 10.


Dalam senarai 100 pemain bola sepak lelaki terbaik, Ronaldo menduduki tangga ke-51. -CARI


Sumber: mStar/ Daily Star
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2023 08:13 AM | Show all posts
kesahhh. kome ni senang duk dunia ek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.054739 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list