CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2433|Reply: 29

David Beckham Bina Tandas RM52 Juta Di Luar Rumah, Nak Buang 'Hajat' Sambil Tengok Pemandangan

  [Copy link]
Post time 31-1-2023 09:26 AM | Show all posts |Read mode
Bintang bola sepak terkenal, David Beckham dilaporkan membina sebuah tandas di luar rumah bagi memudahkan tetamu yang hadir ke majlis yang diadakannya.


Memetik laporan Daily Mail melaporkan, David dan isterinya iaitu Victoria bercadang membina tandas berkenaan di rumah kayu mewah mereka yang terletak di Chipping Norton, Oxfordshire.


Tandas tersebut dianggarkan bernilai lebih RM52 juta (£12 juta) yang berkonsepkan terbuka agar tetamu dapat melihat pemandangan indah rumah agam pasangan berkenaan.




Foto: IG




David, 47, berkata dia tidak mahu tetamu yang hadir terpaksa berjalan jauh ke rumah mereka semasa acara tersebut berlangsung.


Buka itu sahaja, David juga dikatakan telah meminta arkitek terkenal untuk mereka membina tandas yang menjadi idamannya.










Berkongsi mengenai tempat kediamannya itu, David memberitahu bahawa rumahnya dilengkapi dengan sauna, kolam renang, padang bola sepak, gimnasium dan kemah safari.


Malah rumah tersebut dibeli sejak 2017 dan pasangan berkenaan telah melakukan beberapa perubahan untuk rasa lebih selesa menginap di situ. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2023 09:29 AM | Show all posts
52 juta buat jamban? wow...kat malaysia rumah 5 juta pun dah macam wow sangat gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 09:33 AM | Show all posts
effort bina jamban utk keselesaan guest tu sgt bagus
tp biar betik kos nya smpi 52j
berapa unit tu
seat emas ke

ke kena ketuk dgn kontraktor sbb david beckham kot
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 10:10 AM | Show all posts
ala2 kalau dapat kontraktor versi Malaysia, kos dia 50k je, selebihnya masuk poket
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 11:07 AM | Show all posts
kat sana kadang-kadang jadi lagi mahal sebab city council yang luluskan design kan

ibarat macam kalau rumah asal dia guna bata merah, rumah tambahan pun kena bata merah

sebab ada rumah yang dilindungi design dia, tak boleh renovate sesuka hati
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 11:09 AM | Show all posts
untung lerrr org banyak duit kan????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2023 11:37 AM | Show all posts
tidak boleh bayangkan jamban 52jota....rumah aku pun tak sampai 1 jota
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 11:45 AM | Show all posts
kami yg marhaen ni dh biasa layan 'jamban' sambil mengadap pemandangan menarik
kdg2 sejuk beku menggigil lg
#pendakigunung yg tau tau la #yttl
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2023 12:09 PM | Show all posts
gambar tu rumahnya ke? macam creepy kan
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 31-1-2023 12:14 PM

bathtub batu mahal, ada sejuk panas wangi, ada jacuzzi ada sauna ada jamban auto cebok panas sejuk, ada mini waterfall, fountain, kolam ikan,  aquarium, ada swimming pool, spa, ruang laundry, ruang landscape, buaian, pokok2
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 01:33 PM | Show all posts
Tandas tersebut dianggarkan bernilai lebih RM52 juta (£12 juta) yang berkonsepkan terbuka agar tetamu dapat melihat pemandangan indah rumah agam pasangan berkenaan.


Citarasa oang kaya-kaya ni adakalanya pelik, sama pelik dengan pounder barangan timbang kilogram.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
52juta utk jamban...aku klu 5k utk renovate pun rs dah ok ke tak ok ke tak..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Berak with nature.


Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 08:12 AM | Show all posts
alahai sedekah lagi elok
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 10:31 AM | Show all posts
She-Ra replied at 31-1-2023 11:45 AM
kami yg marhaen ni dh biasa layan 'jamban' sambil mengadap pemandangan menarik
kdg2 sejuk beku meng ...

Aku masuk hutan, tak pernah berak.
Jenis boleh tahan.


Tapi paling lama masuk 4 hari je la
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 10:48 AM | Show all posts
MoonRise replied at 1-2-2023 10:31 AM
Aku masuk hutan, tak pernah berak.
Jenis boleh tahan.

jaga mkn sungguh ni
makan utk tenaga.. berak tu satu moment bahagia tauuuuuu..  nak2 dlm hutan dgn pemandangan yg menarik, mana nk dpt kt luar ni

iols paling lama hidup tanpa tamadun 9 hari.. keluar tamadun je blur kejap hahahaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2023 11:00 AM | Show all posts
She-Ra replied at 1-2-2023 10:48 AM
jaga mkn sungguh ni
makan utk tenaga.. berak tu satu moment bahagia tauuuuuu..  nak2 dlm hutan dg ...

Elakkan makan yg pedas. Tapi 4 hari ok lg la tak berak. Kalau dah 9 hari kt dalam tak berak, tu dah cari penyakit.


Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 11:29 AM | Show all posts
MoonRise replied at 1-2-2023 10:31 AM
Aku masuk hutan, tak pernah berak.
Jenis boleh tahan.

tak jadi batu ka najis kat dalam tu?

aku jangan kata hutan, dalam kebun pun aku lepas ja. koser lah nak tahan


Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Jamban saja dah 52 juta,adakah bidet bertatahkan diamond, lif 40 tingkat mungkin juga berinstinjak dgn toilet auto basuhkan ontot
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 11:38 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 1-2-2023 11:29 AM
tak jadi batu ka najis kat dalam tu?

aku jangan kata hutan, dalam kebun pun aku lepas ja. koser l ...

Sihat ja setakat ni. Dah memang pesen bukan berak hari2 kot. Kalau kat rumah pon mcm tu.
Normal bagi iolls. Kekeke
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.074354 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list