CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 751|Reply: 4

[Tempatan] Amaran hujan berterusan di empat negeri

[Copy link]
Post time 31-1-2023 09:25 AM | Show all posts |Read mode
Amaran hujan berterusan di empat negeri



KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di Sarawak, Pahang, Johor dan Sabah, hari ini.

Menerusi Amaran Hujan Berterusan (Buruk) yang dikeluarkan jabatan itu pada jam 6.45 pagi tadi, hujan lebat berterusan peringkat jingga (buruk) diramal melanda enam daerah di Sarawak.

Ia membabitkan daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sibu, Mukah dan Kapit (Song dan Kapit) dan keadaan cuaca sedemikian dijangka akan berlanjutan sehingga esok.

MetMalaysia turut memberi amaran hujan berterusan peringkat kuning (waspada) di Pahang membabitkan daerah Kuantan, Pekan dan Rompin serta di Johor (Mersing dan Kota Tinggi) dan Sarawak (Sri Aman, Betong, Sarikei dan Bintulu).

Jabatan itu menjangkakan situasi hujan berterusan di beberapa lokasi tiga negeri itu juga akan berlarutan sehingga esok.

Sementara itu, MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada untuk daerah Kudat di Sabah untuk sepanjang hari ini.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... san-di-empat-negeri

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2023 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Apasal x kat selangor.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 11:42 AM | Show all posts
panasnya KK mcm nak mampus
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 12:14 PM | Show all posts

Dapat la wife Agong main masak masak sadin dgn orang orang kampung sesambil bawa anak dara anak teruna agar orang kampung terkagum.

Selamat main air bah ler orang Pantai Timur
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 12:17 PM | Show all posts
moga dipermudahkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.318850 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list