CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 758|Reply: 3

Misteri Tiga Hari Tak Datang Kerja Terjawab- Terkena Renjatan Elektrik, Lelaki Mati Pegang Telefon Bimbit Yang Sedang Dicas

[Copy link]
Post time 31-1-2023 09:18 AM | Show all posts |Read mode
Seorang pekerja kedai barang kemas ditemui maut oleh rakan sekerjanya, akibat terkena renjatan elektrik ketika tidur di sebelah telefon bimbitnya yang sedang dicas.


Puttawat Kamwan, 34, tidak hadir bekerja tiga hari berturut-turut, menyebabkan rakan sekerja yang bimbang memutuskan untuk melawatnya di apartmennya di Samut Prakan, Thailand.


Bagaimanapun apabila mereka masuk ke dalam bilik tidurnya, didapati mangsa sudah rebah dan mereput di atas katil dengan tangan memegang telefon bimbitnya.




Foto: Viral Press




Gambar-gambar dari tempat kejadian menunjukkan bilik tidur Kamwan dengan pengecas dan plag terletak di sebelah katilnya.


Rakan sekerjanya Pantatip Kanthong, 22, berkata: "Kami bekerja di kedai barang kemas.. Dia tidak hadir selama tiga hari dan tidak menjawab telefonnya.’


"Selepas kerja, kami pergi ke biliknya tetapi kami mendapati pintunya terbuka. Kami masuk ke dalam bersama pemilik rumah dan menemuinya."


Pemilik bangunan, Nattanit Hawharn, 31, berkata, Puttawat tinggal di rumah seorang diri dan biasanya hanya bersendirian di biliknya menyebabkan dia tidak mengesaki sesuatu yang tidak kena.


Pegawai penyiasat, kapten polis Bang Phli, Pongnarin Nontanok berkata, mereka tidak menemui sebarang kesan serangan.


"uttawat Kamwan masih terbaring di atas katilnya. Tangan kanannya turut menyentuh telefon yang sedang dicas.


"Kami tidak menemui sebarang kesan serangan. Daripada bukti yang diperoleh, dia telah mati sekurang-kurangnya selama tiga hari," katanya.


Pongnarin menambah, Puttawat mungkin terbunuh akibat litar pintas kerana tangannya terletak pada telefon yang sedang dicas.-CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2023 09:40 AM | Show all posts
gulp...selalu buat
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Laki iols selalu marah sbb iols selalu buat.. ni kalau dia baca mesti berbakul bebelannya [em:22:] ok tobat x buat dh
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 08:11 AM | Show all posts
jgnla pgg fon masa dicas xpasal mmpos
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.162342 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list