CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 241|Reply: 0

[Dunia] Arab Saudi akan bina resort ski di padang pasir

[Copy link]
Post time 31-1-2023 09:16 AM | Show all posts |Read mode

Kawasan ski yang luas akan dibina di pusat sukan musim sejuk Arab Saudi. - NEOM

Arab Saudi akan bina resort ski di padang pasir


RIYADH – Arab Saudi akan  membina sebuah pusat sukan musim sejuk  yang mempunyai kawasan permainan luas di tengah padang pasir, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Pembinaan projek mega  yang dinamakan  Trojena itu telah dimulakan dan ia dijangka menjadi lokasi kejohanan Sukan Musim Sejuk Asia 2029.

Lokasi peranginan yang unik itu diharap mampu menyaingi beberapa destinasi ski paling popular  dunia.

Trojena akan dibina sejauh 48 kilometer di kawasan pergunungan Sarawat, pantai timur Laut Merah di mana suhu persekitaran adalah sekitar 10 darjah Celsius lebih rendah berbanding tempat-tempat lain di Arab Saudi.

Pada musim sejuk, suhu di kawasan itu akan menurun pada takat beku dan menyaksikan kemunculan salji, berbeza di seluruh Arab Saudi.

Tasik buatan manusia juga akan dibina di antara cerun kawasan ski, tetapi wujud kebimbangan dalam kalangan pengkritik mengenai keupayaan mengekalkan salji yang mencukupi di laluan ski.

Pusat sukan itu menjadi sebahagian daripada pembinaan projek bandar pintar terancang sepanjang 177 kilometer  yang dipanggil NEOM. Projek mega itu akan menyaksikan pembinaan bandar pencakar langit.

Kota pencakar langit   menelan kos £400 billion (RM2.1 trilion) itu dijangka mampu menempatkan lima juta penduduk. Ia dijangka lebih tinggi daripada Bangunan Empire State dan lebih besar daripada keluasan negeri Massachusetts.

Ia merupakan cetusan idea daripada Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... ki-di-padang-pasir/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.057371 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list