CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1700|Reply: 17

[Politik] KJ pertimbang gandingan 'Khairy-Rafizi-Nurul Izzah'

[Copy link]
Post time 31-1-2023 09:15 AM | Show all posts |Read mode
KJ pertimbang gandingan 'Khairy-Rafizi-Nurul Izzah'


(Dari kiri) Khairy Jamaluddin, Nurul Izzah Anwar, Rafizi Ramli


KUALA LUMPUR: Khairy Jamaluddin mengaku sudah dihubungi Perikatan Nasional (PN) serta Pakatan Harapan (PH) berhubung kemungkinan untuk beliau menyertai parti berkenaan selepas dipecat daripada UMNO pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, bekas Ketua Pemuda UMNO itu enggan membuat keputusan terburu-buru, sebaliknya mahu mengambil masa selama beberapa minggu atau hingga dua tiga bulan sebelum menentukan sama ada memasuki parti sedia ada, menubuhkan parti baharu atau berehat daripada politik untuk seketika.

Antara pertimbangan bekas Ahli Parlimen Rembau itu ialah meneliti aspirasi dan hala tuju beberapa parti yang menjadi musuh politiknya selama ini, selain meneliti kemungkinan bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

"Buat masa ini, pelbagai pihak telah menghubungi saya, daripada kedua-dua belah pihak. Saya mengambil sikap berjumpa dan mendengar semua pihak.

"Saya pun 23 tahun dalam UMNO. UMNO lah yang saya kenal, saya tidak kenal parti lain. Jadi, saya pun nak memahami dengan lebih mendalam apa aspirasi parti masing-masing.

"Setelah saya mendengar semua pandangan, barulah membuat keputusan sama ada saya masuk parti sedia ada atau membuat parti baharu atau saya berehat untuk seketika. Saya tidak mahu terburu-buru membuat keputusan.

"Mengenai PRN, saya rasa ia pun akan mengambil masa antara dua hingga empat bulan lagi. Kalau itu garis masanya, tidak perlu saya membuat keputusan hari ini atau minggu depan," katanya dalam satu temu bual di pejabat beliau, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada mempertimbangkan kemungkinan untuk membuat kemunculan sebagai calon Bebas atau mewakili mana-mana parti dalam PRN yang bakal diadakan di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.

Ditanya sama ada turut mempertimbangkan kemungkinan bekerjasama dengan dua rakan baiknya, Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar dalam PKR pula, Khairy mengaku ada memikirkan perkara itu, namun ia bukan satu-satunya pilihan beliau ketika ini.

Beliau berkata, faktor persahabatan itu antara yang turut dipertimbangkannya dalam memilih langkah seterusnya, namun Khairy memaklumkan turut memiliki sahabat baik dalam beberapa parti lain.

"Ya, saya tidak menolak pilihan ini. Namun, itu bukan satu-satunya pilihan yang ada, ada pilihan lain juga. Yang penting, apabila kita berjuang dalam politik, ia lebih daripada talian persahabatan.

"Talian persahabatan itu mungkin akan menjadi perkiraan saya tetapi perkiraan lebih besar ialah soal hala tuju parti berkenaan, dan sama ada saya percaya hala tuju itu sama dengan hala tuju saya sebagai orang politik," katanya yang juga tidak menolak kemungkinan untuk berehat seketika daripada politik kerana turut mendapat pelbagai tawaran daripada dunia sukan, korporat dan akademik.

Ditanya sama ada beliau pasti akan membuat kemunculan semula pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) kelak, Khairy berkata: "Too soon to say (masih terlalu awal untuk diperkatakan)."

Jumaat lalu, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dipengerusikan Ahmad Zahid, memutuskan untuk memecat Khairy dan bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar, atas dakwaan 'pelanggaran disiplin parti'.

Selain itu, UMNO turut menggantung keahlian bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan; Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang; dan Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Shariff, masing-masing selama enam tahun.

Antara alasan pemecatan Khairy ialah ucapan beliau dalam kempen PRU15, yang menyatakan 'parti itu sudah sesat dan mahu membersihkannya', yang didakwa menjadi pencetus meragut kestabilan politik UMNO.

Dalam temu bual bersama beberapa media selepas dipecat, Khairy mendakwa ia tidak mengikut prosedur apabila beliau terus dikenakan tindakan itu tanpa sebarang peluang untuk memberi penjelasan dan mempertahankan diri.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... -rafizi-nurul-izzah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2023 09:38 AM | Show all posts
Piji tu tak payah lah, dia tu another lobakman versi M40 (thinking wise).  
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Nurul Izzah tu paling takde value..... Nama naik sebab tumpang populariti bapak dan muka ayu zaman muda (sekarang muka takde cahaya dah) .... Karektor & leadership dia sendiri tak hebat mana pun... Jauh berbeza dengan tokoh2 politik wanita lain spt Rafidah Aziz, bro Azalina. Standard2 Nurul anak pak  Jahit Komedi je ni...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 09:48 AM | Show all posts
hot stuff skrg kj yach



Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 10:14 AM | Show all posts
Masuk Bersatu je la KJ ni, dah terang2 UMNO 2.0, konfem aspirasi sama.
Lagipun Muhyiddin yang angkat dia jadi Munturi, padahal Umno tak calonkan pun.
Janji telah ditepati, kini masa untuk balas budi..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Rafizi pun
Melingkupp
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2023 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah la...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 11:41 AM | Show all posts
threesome?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2023 01:37 PM | Show all posts
takyah la PKR tu.. cakap je lebih ..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau pkr harus la kj takleh jadi pm sampai abang nuar mamp... pastu izah pulak take over. Pkr kan madani, my anak bini
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
X yah lah pkr. Bang non dpt jd PM pun atas ihsan Wak Zahid. Iols cuma nmpk PN sbg kerajaan masa depan je bkn sbb mereka bagus tp majority sokongan org melayu akan terus kukuh pd PN
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 11:25 AM | Show all posts
rakan baik jubo ko.masa ko jadi menteri kerajaan pintu belakang haram ko pandang diorg 2 tu kan.ckp pun berdegar.dah.. kali ni rafizi jadi menteri tibalah masanya dia mengwhoarryusskan ko pulak
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 11:41 AM | Show all posts
Bukan PKR taknak dia??
Hari tu kan PM dah cakap, taknak ambil orang ex UMNO,nak jaga keharmonian PH
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 11:51 AM | Show all posts
Walaupun Nurul idzah kalah election but she is much better than bro azalina, wanita umno pprt semua tu, period!
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 1-2-2023 11:25 AM
rakan baik jubo ko.masa ko jadi menteri kerajaan pintu belakang haram ko pandang diorg 2 tu kan.ckp  ...

Kj X leh nak berdikari ke....better lagi Syed Saddiq siap create new parti lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 12:37 PM | Show all posts
Apasal KJ takmau masuk parti gang sarban ketat?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2023 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 1-2-2023 12:34 PM
Kj X leh nak berdikari ke....better lagi Syed Saddiq siap create new parti lagi...

X lehh....
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni threesome Eiffel Tower ke ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.067159 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list