CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1244|Reply: 12

Lelaki Ditahan Miliki Video Lucah, Baling Kerusi Sebab Pegawai Penyiasat Lambat

[Copy link]
Post time 30-1-2023 09:49 PM | Show all posts |Read mode
Polis menahan seorang lelaki kerana berkelakuan tidak sopan dan disyaki memiliki video lucah, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, semalam.


Ketua Polis Daerah Ampang ACP Mohamad Farouk Eshak berkata lelaki berusia 29 tahun itu ditahan ketika membuat laporan palsu di IPD Ampang dengan mendakwa dompetnya diragut seorang lelaki menaiki motosikal di parkir kereta Jalan Pandan Indah di sini pada 4 petang semalam.




Gambar hiasan




Beliau berkata semasa proses merakam keterangan, lelaki berkenaan yang merupakan seorang pekerja bank, meninggikan suara dan membaling kerusi ke arah pejabat pegawai penyiasat kerana mendakwa telah menunggu lebih sejam untuk membuat laporan.


"Susulan kejadian, lelaki itu ditahan dan telefon bimbitnya dirampas. Pemeriksaan mendapati ada beberapa video lucah yang disimpan lelaki itu. Hasil saringan ujian air kencing mendapati lelaki itu negatif dadah dan tiada rekod jenayah lampau," katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata siasatan mendapati lelaki itu membuat laporan palsu kerana hendak memohon bagi kad pengenalan baharu.


Mohamad Farouk berkata lelaki itu ditahan reman tiga hari sehingga 1 Feb ini dan disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan iaitu memiliki bahan lucah serta Seksyen 182 Kanun Keseksaan iaitu membuat laporan palsu.




Sumber: BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2023 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh kenapa ko pi baling kerusi kot ye pun dh lama tunggu kat pegawai tu.. bala bala…
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Heols mmg baran ke?

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 30-1-2023 11:45 PM
Heols mmg baran ke?

Xpdn dgn baran duk simpan video lucah dlm phone jijik jantan mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni mesti jenis sombong bongkak ni kt luar. Ko hengat g balai polis ko bole bawa perangai begitu. Iols masa zaman pkp byk kali g balai polis minta permit rentas negeri. Elok je dorang layan sbb kita ckp baik2. Yg kena sound blk dah lah bawa document x lengkap lps tu sibuk mendesak polis luluskan permit. Dah polis ckp x bole tetap nk juga mmg lah kena sound blk. Korang ingat balai polis ni kaunter customer service yg korang bole maki sesuka hati
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 08:39 AM | Show all posts
gigih polis check phone. nasib baik jumpa blue. kalau x, xtau nak caj apa. urine negative.
jadi la untuk cover sejam baru datang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2023 09:33 AM | Show all posts
s@s@ replied at 31-1-2023 08:39 AM
gigih polis check phone. nasib baik jumpa blue. kalau x, xtau nak caj apa. urine negative.
jadi la u ...

indeed. kok sabar tak baling kosi, tade sape heran ko simpan bideo lucah
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 10:33 AM | Show all posts
urine negative sbb dia gian seks

tu pn xtau video blue yg gay ke yg normal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2023 11:22 AM | Show all posts
tunjuk kuat kat balai polis
selalu tunjuk kuat kt guard bangla je
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 11:27 AM | Show all posts
tapi kenapa pasal dia baling kerusi hp segala dirampas plus kena kobek dengan polis?
boleh ke macam tu?
atau dia baling kerusi mengamuk sambil rekod or amik gambar polis kat sana?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 11:28 AM | Show all posts
LoL..
tu orang cakap,. if you lose your temper, you lose..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 11:35 AM | Show all posts
cari nahassss
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 01:33 PM | Show all posts
Gigih nya la buat report palsu semata2 nak elak saman JPN.

Sudahnya masuk lokap. HP jantan mana yg takde video lucah ko korek lah kat recycle bin, sure jumpa.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.511803 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list