CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 324|Reply: 0

Aura Negatif Tak Hilang, Duit Beribu Yang Lesap Ditipu Pakar Ilmu Ghaib

  [Copy link]
Post time 30-1-2023 09:44 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis ditahan di Indonesia kerana kes penipuan terhadap seorang suri rumah, lapor laman berita Suara.com.


Mangsa yang dikenali sebagai Lilis, 40, ditipu sebanyak 50 juta rupiah (RM14,176) selepas suspek bernama Heri Widianto, 38, menjanjikan rawatan alternatif untuk membersihkan aura negatif.




Heri meminta Lilis membawa wang 50 juta rupiah (RM14,176) ketika proses membersihkan aura negatif. - ANTARA/Pradita Kurniawan Syah





“Mangsa dijanjikan oleh suspek yang mengaku mengenali seorang pakar ilmu ghaib yang mampu membersihkan aura negatif supaya rezeki semakin lancar.


“Suspek mendakwa dia anggota Polis Cikarang. Mereka bertemu di satu tempat,” kata polis.


Sebelum bertemu, Heri meminta Lilis membawa wang tunai 50 juta rupiah (RM14,176) sebagai syarat.


Selepas proses pembersihan aura negatif selesai, Heri memberi bungkusan yang didakwa mengandungi wang mangsa. Lilis diminta untuk membukanya selepas tiga bulan.


Bagaimanapun, wanita itu terkejut apabila mendapati bungkusan itu hanya mengandungi helaian kertas.


Polis menerima laporan dan menangkap mangsa di Bekasi Khamis lalu. Jika sabit kesalahan, Heri boleh dihukum penjara empat tahun.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.541569 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list