CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 620|Reply: 0

Album Abbey Road Sissy Imann habis dijual

[Copy link]
Post time 30-1-2023 08:36 PM | Show all posts |Read mode
Album Abbey Road Sissy Imann habis dijual


Album studio Sissy Iman mendapat sambutan menggalakkan


Kuala Lumpur: Bapa penyanyi, Sissy Imann iaitu Mohammad Kamil Mustaffa, 59, memaklumkan album sulung komposer dan pengacara itu yang dirakamnya di Studio Abbey Road, London pada tahun lalu, sudah habis terjual dalam tempoh kurang dua jam, baru-baru ini.

Mohammad Kamil berkata, walaupun anaknya lebih dulu membuat pengumuman di Instagram mahu menjual album itu dengan nilai RM20, namun kebanyakan pembeli didapati sanggup membayar dengan harga setimpal untuk memperolehnya.

"Album buah tangan pertama Sissy ini dicetak sebanyak 1,000 unit saja dan saya tak sangka ia mendapat sambutan baik daripada pembeli dengan kurang dua jam 'link' (pautan) dibuka, ia (album) sudah pun habis terjual.

"Rata-rata yang membeli itu daripada pelbagai latar kerjaya dan peringkat usia, termasuk kebanyakan mereka adalah 'collector' (pengumpul) cakera padat," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Mohammad Kamil, walaupun tidak meraih keuntungan jualan album yang menelan perbelanjaan besar untuk dihasilkan itu, dia tetap bersyukur dan melihat positif pada rezeki yang ditetapkan Allah.

"Penghasilan album ini di Studio Abbey Road, London sudah sangat bermakna buat Sissy. Ia dianggap pencapaian terbesar buat dirinya yang diimpikan selama ini. Jadi, tak apalah asalkan dia gembira dan terus bersemangat untuk bekerja dalam bidang muzik.

"Sebagai bapa, saya akan sentiasa terus menyokong apa saja yang ingin lakukan anak-anak, walaupun Sissy mengambil masa 10 tahun dalam industri untuk berjaya menghasilkan album ini dengan wang hasil titik peluh dikumpul sendiri daripada pelbagai cabang seni diceburi," katanya.

Terdahulu, Sissy terpalit kontroversi apabila menangis di pentas Famili Duo di TV3 minggu keenam lalu selepas persembahannya bersama sepupu, Naim Daniel mendapat kritikan pedas daripada juri tetap, Mas Idayu.

Sissy juga difahamkan berkurung dalam bilik, mendiamkan diri dan hanya keluar apabila dipanggil untuk makan selama beberapa hari selepas menerima kritikan pedas Mas Idayu itu, sehingga menjadi bualan hangat di media sosial dan mendapat perhatian ramai.

Bagaimanapun, pada persembahan Famili Duo malam semalam, persembahan Naim dan Sissy berjaya membawa mereka berentap di pentas akhir bersama tiga kumpulan peserta lain iaitu pasangan adik-beradik Ayda Jebat dan Fyna Jebat, Zaki Yamani dan Yamani Abdillah (adik-beradik) serta Bella Astillah dan Wanie Kayrie (sepupu).

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... -imann-habis-dijual

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.477546 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list