CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 282|Reply: 0

Tommy Thomas Mohon Masa Sebulan Untuk Lantik Peguam Baru Ganti Gopal Sri Ram

[Copy link]
Post time 30-1-2023 08:29 PM | Show all posts |Read mode
Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas akan melantik peguam baharu untuk mewakilinya dalam kes saman pemula terhadap Pasukan Petugas Khas dan Kerajaan Malaysia susulan kematian peguam beliau, Datuk Seri Gopal Sri Ram, semalam.


Sri Ram, 79, bekas hakim Mahkamah Persekutuan, meninggal dunia dipercayai akibat jangkitan paru-paru, di sebuah hospital swasta, di sini, semalam.




The Edge Market




Saman itu difailkan Tommy pada 27 Okt tahun lepas dengan mendakwa laporan siasatan berhubung kandungan memoirnya bertajuk 'My Story: Justice In the Wilderness' adalah tidak sah dan melanggar undang-undang.


Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan, ketika dihubungi berkata, peguam yang hadir bagi pihak plaintif (Tommy) memohon masa sebulan untuk melantik peguam baharu.


"Mahkamah menetapkan 27 Feb ini untuk pengurusan kes bagi plaintif memaklumkan status terkini mengenai pelantikan peguamnya," kata Shamsul selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh secara dalam talian, hari ini.


Tommy, selaku plaintif, memfailkan saman itu dengan menamakan Pengerusi Pasukan Petugas Khas, Datuk Seri Fong Joo Chung, enam ahli pasukan itu dan kerajaan sebagai defendan.


Selain Fong, ahli pasukan petugas itu ialah Datuk Seri Panglima Hashim Paijan, Datuk Dr Junaidah Kamaruddin, Datuk Jagjit Singh Bant Singh, Datuk Shaharudin Ali, K. Balaguru,Farah Adura Hamidi dan Mohd Najib Surip.


Dalam saman pemula itu, Tommy berkata, penerbitan laporan itu melanggar Seksyen 499 dan 500 Kanun Keseksaan dan/atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 selain memohon deklarasi bahawa penerbitan laporan itu oleh kerajaan, melanggar haknya terhadap reputasinya seperti yang dilindungi oleh Perkara 5(1) dan 13(1) Perlembagaan Persekutuan.


Buku tulisan bekas Peguam Negara itu diterbitkan pada Jan 2021 dengan pelbagai kontroversi, menyebabkan Kabinet pada 8 Okt 2021 menubuhkan pasukan petugas khas untuk menjalankan kajian awal ke atas pendedahan terkandung dalam buku tersebut.


Pada 13 Okt tahun lalu, kerajaan menyahklasifikasi laporan pasukan petugas khas itu, antara lain mengesyorkan supaya Tommy disiasat atas kemungkinan pelbagai kesalahan.




Sumber: BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 03:09 PM GMT+8 , Processed in 1.612652 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list