|
Polis sedang mengesan saksi, G Yogalingam berhubung satu prosiding di mahkamah di sini.
Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan meminta orang awam yang mengenali Yogalingam supaya menghubungi Sarjan Nor Azmarizan Abu Jamil di talian 010-2423485.
"Yogalingam, 24, seorang lelaki tempatan dikehendaki sebagai saksi perbicaraan bagi kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
"Alamat terakhir di 3-2 Rumah Pangsa Taman Dagang Permai Jalan Indah 1, 68000 Ampang Selangor," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Sumber: Sinar Hari |
|