View: 3432|Reply: 46
|
[VIDEO] Dikecam Normalisasikan Bahasa Lucah Hina Wanita, Maszlee Malik Tampil Mohon Maaf
[Copy link]
|
|
[VIDEO] Dikecam Normalisasikan Bahasa Lucah Hina Wanita, Maszlee Malik Tampil Mohon Maaf
Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik tampil memohon maaf secara terbuka khususnya kepada golongan wanita susulan penggunaan dialog 'kiasan' dan tidak bersesuaian dalam drama bersiri Kudeta, yang dilakonkannya baru-baru ini
Beliau yang melakonkan watak bekas perdana menteri yang dipenjarakan dalam siri tersebut, mengakui kesal dengan penggunaan ayat yang tidak sepatutnya diucapkan.
Menurutnya, secara peribadi beliau mengakui kekhilafan dan kesilapan yang telah mengganggu kesejahteraan emosi dan minda orang ramai.
Tambahnya lagi, beliau sedar impak karya seni seperti filem dan drama dalam menyampaikan sesuatu mesej, namun tidaklah sehingga menyinggung atau menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.
Berikut di bawah adalah posting yang dimuat naik beliau di Facebook:
"Saya Dr Maszlee bin Malik ingin membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua terutamanya kepada kaum wanita di mana jua kalian berada.
"Saya mengakui kekhilafan dan kesilapan kerana melakonkan watak perdana menteri jahat di penjara yang telah menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya, yang telah mengganggu kesejahteraan emosi dan minda semua.
"Saya juga berterima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah memberikan teguran, ingatan, nasihat samada secara peribadi mahupun umum," katanya.
Tular video dialog 'kiasan' yang diungkapkan oleh Maszlee di media sosial
Dalam drama tersebut, watak yang dipegang Maszlee, Jamal Banna, mengungkapkan dialog yang berbaur penghinaan kepada kaum wanita, sekali gus menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak memandangkan latar belakang Maszlee sebagai bekas menteri yang memegang portfolio pendidikan.
Pada masa yang sama, video dialog 'kiasan' yang diungkapkan oleh Maszlee itu turut tular di media sosial ketika ini.
Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dan mengkritik perbuatan normalisasi double meaning lucah dalam bentuk lakonan itu dibenarkan dan dianggap sebagai karya seni.
Berikut di bawah adalah babak video dialog 'kiasan' yang tular berkenaan:
Susulan tularnya video itu, Maszlee berharap pihak penerbit dapat menapis babak berkenaan demi menghormati sensitiviti ramai pihak
"Saya juga mengajak rakyat sekalian untuk menonton siri Kudeta yang merupakan drama Melayu yang julung kali berunsur politik, thriller dan aksi. Banyak yang boleh dipelajari selain babak lima saat yang kontroversi tersebut," ujarnya lagi.
Sumber:https://says.com/my
|
|
|
|
|
|
|
|
Yuck!!! Jijik betul dialog tu!!!
“Apam kau tu dah kering, mmg patut usop cari apam yg lg basah”
No wonder aliff ahmad marah sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Too much jugak ayat tu. Mcm mn dia boleh accept nk sebut ayat tu..dia bukan calang2 org. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Aneem at 30-1-2023 08:42 PM
Masa sebut dialog tu tak fikir ke?
Aku yg dengau pun malu bila ayat tu meluncur dari mulut bekas menteri pendidikan.
Ke dah normalisasikan budaya buat salah, laju2 mintak maaf supaya org nampak kau naif dan tidak berdosa?
Kalau guna idea dungu ni utk buat marketing, sila meninggal. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by umbut at 30-1-2023 09:30 PM
Apam
Keluar true colour, netz pun acah terkujat |
|
|
|
|
|
|
|
iskkkkk melampaunya… rasa mcm nak kata bodoh tp kt bekas menteri pendidikan la pulak.. hmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa yg buat skrip cite nih? Iols layan episod 1 je now dah cancel astro so tak tgk dah
Guna perlambangan lain laaa kot ye pun.
Ingat lagi masa kecik baca satu ayat ni kat sokabar kot pasal masalah dalaman wanita
Hujan belum turun tanah dah banjir
|
|
|
|
|
|
|
|
Ganaz Nye dialog. Masa baca skrip apa agaknya yang dibayangkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Wow 2x.
Wow pertama: not bad berlakon, wlu rupa nerd.
Wow kedua: tak sangka lgsung sebut apam tu! Baca tajuk igt something else. Of all words, tak sangka betul.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pandai jugal dia berlakon tapi ko pon maszlee Perlu ke turunkn level tahap kazar pepek smp kena sebut dialog tu... Dah kemaruk nk berlakon ke |
|
|
|
|
|
|
|
Sy tgk siri Kudeta ni.....sanggup Dr. ni berdialog gitu...trus rasa jijik dgn scene itu
Dialog ni lps plak xdak mute....ada scene Vanidah Imran sebut b**** & mampus depa mute plak...xfhm lol
|
|
|
|
|
|
|
|
Ade phd gini gaye. Downgrade habis2 ni. Maybe alter ego kot. Hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Menjadi gak dia bwk watak jahat. Rasa nak tampo je depan2. |
|
|
|
|
|
|
|
Masa tengah berlakon tu tak fikir ke.
Masa baca skrip tak fikir.
Sanggup pulak sebut ayat, perkataan tu. Ke mmg dah biasa sebut jadi tak kisah?? Scene dibiar lepas untuk siaran tv lepas tu viral, orang kecam lepas tu minta maaf.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nyampah tau skang nk sebut benda2 camni in public kena tgk kiri kanan dulu. Ni gara2 page troll kat socmed la yg suka mention perkataan mcm ni setiap kali. Apam, kerang, asam keping. |
|
|
|
|
|
|
|
dah kenapa dia mendowngratekan dirinya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tapaham korang punya overreaction. Tengok drama korea berlambak ssibal ssibal ssibal ok plak. Omputeh fuck ke hulu hilir ok plak. Money Heist tu penuh dengan puta madre ok plak. Filem Hindi berlambak mader chod ok plak. Dah watak penjenayah tak bermoral, pahamlah bahasa pun kesat. Itupun dia guna metafora apam, macam acik poremer suka sebut nasi lemak doposen, pensel 2B etc. Lainlah dia sebut pepek ke konek ke hapa. Duhhhhhh. |
|
|
|
|
|
|
|
korang rasa dialog sebenar macamana?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|