CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 249|Reply: 2

[Dunia] Ratusan umat Islam di Indonesia berarak, kecam tindakan bakar al-Quran

[Copy link]
Post time 30-1-2023 08:13 PM | Show all posts |Read mode
Ratusan umat Islam di Indonesia berarak, kecam tindakan bakar al-Quran



Ratusan Muslim Indonesia berarak ke Kedutaan Sweden yang dikawal ketat untuk memprotes pembakaran al-Quran oleh ahli politik ekstrem Denmark-Sweden, Rasmus Paludan di Sweden dan Belanda. - Foto AGENSI


JAKARTA: Ratusan umat Islam di Indonesia berarak ke Kedutaan Sweden bagi mengecam insiden pembakaran al-Quran yang dilakukan secara berasingan di Sweden dan Belanda.

Seramai 300 penunjuk perasaan menyertai perarakan yang dikawal ketat itu dengan mengibarkan bendera putih dengan tulisan enam rukun iman dibawa sekitar bandar Jakarta.

Mereka turut membakar potret aktivis anti-Islam, Rasmus Paludan bersama dengan bendera Sweden, Denmark dan Belanda.

Seramai 200 polis dan tentera dikerahkan berada di sekitar bangunan terbabit selain melakukan sekatan di sepanjang jalan menuju ke kedutaan serta memasang kawat duri.

Awal bulan ini, Paludan mendapat kebenaran daripada pihak polis untuk mengadakan protes di luar Kedutaan Turkiye di Stockholm, bagaimanapun pada Sabtu lalu dia melakukan tindakan membakar al-Quran.

Beberapa hari kemudian, pemimpin Belanda, Edwin Wagensveld mengoyakkan halaman al-Quran di hadapan Parlimen Belanda sebelum memijaknya.

Tindakan yang dilakukan oleh dua individu itu ternyata menimbulkan kemarahan jutaan umat Islam di seluruh dunia sehingga mencetuskan protes, termasuk negara Islam Indonesia yang mempunyai penduduk paling ramai di dunia.

Jurucakap Kementerian Luar Negeri, Teuku Faizasyah berkata kerajaan Indonesia mengecam sekeras-kerasnya pembakaran al-Quran oleh Paludan dan sudah memanggil Duta Sweden, Marina Berg minggu lalu.

"Tindakan yang dilakukan itu menyakiti umat Islam serta mencemarkan toleransi beragama," kata kementerian itu dalam satu kenyataan Ahad lalu.

"Kebebasan bersuara mesti dilaksanakan dengan cara yang bertanggungjawab," katanya. - AP

Sumber:https://www.bharian.com.my/dunia ... akan-bakar-al-quran

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2023 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Arab saudi nak bukak kasino tak bantah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
c===8 replied at 30-1-2023 08:25 PM
Arab saudi nak bukak kasino tak bantah ke?

Bantah takda hal...tapi kalo kena ban dari ke mekah  utk buat haji?

Takkheun nak buat kaabah replica sebelah istana  pak presiden jokowi dibogor?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.429558 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list