View: 994|Reply: 7
|
[Dunia]
Pelanggan Louis Vuitton ditikam, darah berlumuran di lantai
[Copy link]
|
|
Kejadian berlaku ketika mangsa mengunjungi kedai Louis Vuitton di London. - UKNewsInPictures
Pelanggan Louis Vuitton ditikam, darah berlumuran di lantai
LONDON – Pelanggan sebuah gedung barangan mewah di London, Harrods terkejut melihat ‘kolam darah’ selepas seorang lelaki ditikam di salah sebuah kedai di premis itu, lapor akhbar The Sun.
Seorang lelaki berusia 29 tahun ditikam di kedai Louis Vuitton selepas mangsa menjadi sasaran penyamun untuk melarikan jam tangan mewah yang dipakainya.
Dia dikejarkan ke hospital dalam kejadian malam kelmarin. Beberapa anggota polis bergegas ke lokasi kejadian, namun suspek yang bersenjatakan pisau berjaya melarikan diri.
Insiden itu disaksikan oleh seorang lelaki bersama anak perempuannya ketika mereka berada di dalam kedai tersbeut.
Ronnie Chopra, 49, berkata: “Saya dan anak perempuan saya berada di kedai Louis Vuitton di tingkat dua ketika kejadian berlaku.
“Kami berada di bilik bersebelahan menunggu untuk melihat dompet lelaki kerana anak perempuan saya ingin membelikan saya hadiah hari jadi.
“Kami tidak melihat kejadian sebenar, tetapi terdengar pelanggan lain berkata suspek memegang pisau dan menetak lengan seseorang ketika cuba mendapatkan jam tangannya.
“Ketika ingin meninggalkan kedai itu, terdapat kolam darah di lantai dan anak perempuan saya berusia 13 tahun, Anoushka terpaksa melaluinya” katanya.
Mangsa dilaporkan masih dirawat di hospital akibat kecederaan yang dipercayai tidak mengancam nyawa. – Agensi
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... rlumuran-di-lantai/
|
|
|
|
|
|
|
|
terbaca komen kat mana entah, Zimbabwe pun lebih selamat drpd London sekarang |
|
|
|
|
|
|
|
pool of blood jadi kolam darah.
rase pelik pulak sbb pool of ni dah macam penjodoh bilangan. |
|
|
|
|
|
|
|
anak dia br 13tahun nk belikan dia wallet elwee kelassss.. india kayo la ni bkn babu babu |
|
|
|
|
|
|
|
Betulah di Knightsbridge memang tak Selamat, perompak memang target orang yang memakai jam tangan mewah. Memang selalu berlaku bukan di London sahaja di bandar besar seperti Paris dan barc selalu berlaku.
|
|
|
|
|
|
|
|
PM britain pun keturunan asal dari sana kan
ni semua set2 kroni PM dia ni.. Rishi Sunak
|
|
|
|
|
|
|
|
pool of blood mmg jadi “kolam darah” ke bila translate? |
|
|
|
|
|
|
| |
|