CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 240|Reply: 0

[Dunia] Rakyat Vietnam paling ramai bekerja di Jepun

[Copy link]
Post time 30-1-2023 07:45 PM | Show all posts |Read mode
Rakyat Vietnam paling ramai bekerja di Jepun


FOTO HIASAN


Tokyo: Rakyat Vietnam mewakili kumpulan terbesar pekerja asing yang bekerja di Jepun yang menyumbang 25.4 peratus daripada jumlah 1.82 juta pekerja asing setakat akhir Oktober tahun lalu, menurut Kementerian Kebajikan, Buruh dan Kesihatan Jepun.

Berdasarkan data yang dikeluarkan minggu lalu, sebanyak 1,822,725 juta pekerja asing bekerja di Jepun setakat akhir Oktober 2022 meningkat 5.5 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2021, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Daripada jumlah populasi pekerja asing sebanyak 462,384 terdiri rakyat Vietnam, 385,848 (China) dan 206,050 (Filipina) yang menjadikan mereka tiga komuniti terbesar.

Data itu turut merekodkan bahawa lebih banyak tempat kerja mengupah pekerja asing menyaksikan peningkatan sebanyak 4.8 peratus.

Tokyo mempunyai pekerja asing paling ramai iaitu 500,089 orang diikuti wilayah Aichi (188,691) dan wilayah Osaka (124,570) .

Sumber:https://www.hmetro.com.my/global ... ai-bekerja-di-jepun

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.073865 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list