CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 311|Reply: 0

[Pulau Pinang] Hasrat miliki rumah idaman tidak kesampaian

[Copy link]
Post time 30-1-2023 07:37 PM | Show all posts |Read mode
Hasrat miliki rumah idaman tidak kesampaian

oleh MOHD ISKANDAR OTHMAN30 Januari 2023 06:41pm






Enam individu yang mendakwa menjadi mangsa syarikat kontraktor pembinaan yang berpangkalan di Alor Setar menunjukkan keadaan rumah mereka yang terbengkalai.




SEBERANG JAYA - Impian enam individu untuk mendiami rumah yang lebih selesa tidak kesampaian selepas mendakwa diperdaya sebuah syarikat kontraktor pembinaan rumah hingga mengakibatkan kerugian hampir setengah juta ringgit.

Kesemua mereka mengakui tertarik dengan iklan ditawarkan syarikat kontraktor terbabit yang berpangkalan di Alor Setar dengan menyediakan pakej pembinaan banglo bermula RM89,000 di atas tanah sendiri pada Mac tahun lalu.

Mereka mendakwa, selepas perjanjian dan pembayaran dibuat, pihak kontraktor gagal melaksanakan kerja mengikut jadual ditetapkan selain sukar dihubungi untuk berbincang mengenai masalah dihadapi.

Pesara, Shaharudin Mohamed, 61, berkata wang simpanannya berjumlah RM88,000 yang dibayar kepada syarikat itu lesap begitu sahaja namun rumah idamannya sehingga kini terbengkalai.

Menurutnya, mengikut perjanjian, pembinaan rumah di tanah lot miliknya di Tasek Gelugor itu perlu siap awal Disember lalu namun sehingga kini hanya kira-kira 30 peratus saja pembinaan dilaksanakan.

"Saya percaya kontraktor itu selepas mendapati syarikatnya sah berdasarkan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum membuat pembayaran secara berperingkat berjumlah RM88,000.

"Namun sehingga kini rumah saya gagal disiapkan dan kontraktor itu memberikan pelbagai alasan termasuk bahan binaan kehabisan stok serta kekurangan pekerja," katanya pada sidang akhbar di sini, pada Isnin.

Shaharudin berkata, disebabkan rumah yang dibina gagal disiapkan, dia dan isteri terpaksa menyewa rumah di Bukit Mertajam selain tidak mampu untuk mengupah kontraktor lain menyiapkan rumahnya yang terbengkalai itu.




Turut berkongsi rasa kecewa, Sakinah Ahmad Shukri, 33, yang telah membuat bayaran sebanyak RM91,750 kepada kontraktor itu untuk membina rumah banglo satu tingkat di Pendang, Kedah.

Jelasnya, disebabkan kegagalan kontraktor menyiapkan rumahnya mengikut jadual ditetapkan walaupun beberapa kali tempoh lanjutan telah diberikan, dia terpaksa mengupah kontraktor lain untuk menyiapkan rumahnya yang dibiarkan terbengkalai.

"Walaupun pembayaran penuh telah dibuat namun kerja-kerja pembinaan dilakukan langsung tidak mengikut jadual ditetapkan.

"Bila kami ke pejabat untuk mendapatkan penjelasan langsung mereka tak mahu layan malah buat laporan kononnya kami menggangu ketenteraman...disebabkan syarikat itu gagal menyiapkan kerja, kami terpaksa berhutang sana sini untuk cari kontraktor lain bagi menyiapkan kerja yang ditinggalkan," katanya.

Dalam pada itu, Sakinah berharap agar orang ramai tidak lagi menjadi mangsa kepada syarikat kontraktor terbabit yang dilihat masih aktif mempromosikan perkhidmatan mereka di laman sosial.

Tegasnya, dia bersama lima mangsa yang lain akan mengheret syarikat kontraktor terbabit ke muka pengadilan termasuk memfaikan saman di mahkamah bagi menuntut ganti rugi.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.168381 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list