CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2069|Reply: 8

Song Joong-ki umum kahwini Katy Louise Sanders

[Copy link]
Post time 30-1-2023 07:28 PM | Show all posts |Read mode

SONG Joong-ki mengumumkan sudah mendaftarkan perkahwinannya dengan Katy pada hari ini.

Song Joong-ki umum kahwini Katy Louise Sanders

PELAKON terkenal Korea Selatan, Song Joong-ki mengejutkan peminat apabila berkongsi berita gembira sudah berkahwin dengan teman wanitanya, Katy Louise Saunders.

Demi menjaga hati peminat, Joong-ki mengumumkan berita tergempar tersebut menerusi sepucuk surat tulisan tangan yang dimuat naik dalam fan cafe rasmi miliknya.

“Kami ingin mempunyai keluarga bahagia bersama dan berusaha untuk menunaikan janji antara satu sama lain.

“Dengan itu kami juga bersyukur bakal menerima satu perkara berharga (anak) dalam hidup kami kelak.

“Jadi, berdasarkan rasa cinta dan kepercayaan yang mendalam, hari ini kami telah mendaftar perkahwinan untuk memulakan kehidupan sebagai pasangan suami isteri,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon drama Reborn Rich itu turut menyifatkan teman wanitanya sebagai insan yang mampu mengubah kehidupannya kepada lebih baik.

“Saya berjanji untuk hidup bersama dengan Katy yang banyak menyokong saya setiap masa.

“Dia seorang wanita yang sangat baik dan bersemangat dalam melakukan apa-apa dalam hidupnya.

“Terima kasih kerana kehadirannya telah mengubah kehidupan saya menjadi lelaki yang lebih baik,” jelasnya.

Terdahulu, Joong-ki mengesahkan hubungannya bersama Katy yang merupakan wanita British pada bulan lalu.

Joong-ki pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres popular, Song Hye-kyo pada 2017 selepas sama-sama membintangi drama fenomena, Decendants Of The Sun.

Bagaimanapun, jodoh mereka tidak panjang dan bercerai pada 2019. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... aty-louise-sanders/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2023 08:53 AM | Show all posts
Tahniah.. moga kekal bahgia..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 12:43 PM | Show all posts
mcmmana dia boleh kenal si Katy ni? sheols dah preggy baru umum kawen
pastu sheols migrate ke korea ke?
ntah bape lama la "marriage" kalini...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 03:41 PM | Show all posts
mcm x sesuai langsung. tp semoga bahagia laa hendaknyaa
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 04:39 PM | Show all posts
sleepandream replied at 31-1-2023 12:43 PM
mcmmana dia boleh kenal si Katy ni? sheols dah preggy baru umum kawen
pastu sheols migrate k ...

katanya ticer english heols...kes student tersangkut hati kat cikgu la nih... & cikgu tu pulak katanya udah ada anak b4 this..x sure la anak sah taraf ke idok.

justeru..x tau sapa yg untong..SJK kah Katy kah...kahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
joong ki pun nak jua bebi kokosen baiki keturunan, cepat2 kasi gf pregnant biasa mixed kokosen n korea menjadi helok sgt cam yg dlm program superman tu Naeun n adik2nya tuh.lawa2 n cerdik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2023 11:31 PM | Show all posts
namr replied at 31-1-2023 11:32 PM
joong ki pun nak jua bebi kokosen baiki keturunan, cepat2 kasi gf pregnant biasa mixed kokosen  ...

Aiol yakin ada je mixed blood yg muka biasa2 tpi bila nak msuk TV, ofc media cri yg elok2.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2023 11:32 PM | Show all posts
sleepandream replied at 31-1-2023 12:43 PM
mcmmana dia boleh kenal si Katy ni? sheols dah preggy baru umum kawen
pastu sheols migrate k ...

Kat gmbr last SJK kat IG, bnyk btul ummah Yindon mngutuk dia ni. Ada yg kta SJK dh lma knal dgn KLS.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2023 11:34 PM | Show all posts
DyBBora2 replied at 31-1-2023 04:39 PM
katanya ticer english heols...kes student tersangkut hati kat cikgu la nih... & cikgu tu pulak kat ...

Kat SKorea klau couple tu c prmpuan dh pregnant tiba2, msti c llaki cpat2 announce yg dorg nk khwin. Sma mcm EXO Chen dlu tu, gf dh pregnant, trus bgithu nak khwin.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.599049 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list