CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 320|Reply: 1

KJ Dalam Mod Mendengar, Sedang Lihat Kelab Sesuai

[Copy link]
Post time 30-1-2023 06:35 PM | Show all posts |Read mode
Bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang dipecat oleh partinya, Jumaat lalu


tidak menolak kemungkinan untuk bertanding pada pilihan raya negeri akan datang.


Menurut bekas menteri kesihatan itu, dia kini perlu membuat pelarasan baru dan sedang mempertimbangkan beberapa tawaran.




FB KJ




“Selepas 23 tahun berkhidmat untuk parti adalah sukar untuk memulakan satu yang baharu.


“Sukar untuk melupakan khidmat dalam politik. Saya tidak keluar (Umno), sebaliknya saya 'dibuang' parti.


“Saya perlu buat pelarasan dengan realiti, dan memilih dengan berhati-hati,” katanya dalam program Breakfast Grille di radio BFM pagi ini.


Khairy ditanya jika dia akan bertanding pada pilihan raya negeri akan datang dan sekiranya sebagai ahli mana-mana parti politik lain, atau sebagai calon bebas.


Khairy berkata bahawa dia menerima banyak tawaran selepas dipecat daripada Umno.


"Ya saya ada mendapat beberapa tawaran daripada pelbagai pihak daripada politik, akademik, perniagaan dan korporat.


"Saya belum buat keputusan lagi. Semua orang tahu saya suka bola sepak dan bebas untuk menukar haluan jadi saya sedang lihat kelab yang sesuai dan menimbang pilihan dan peluang yang ada untuk maju ke hadapan.


"Belum ada keputusan apa-apa lagi, ini bukan satu yang mudah untuk ditukar begitu saja," katanya.


Ditanya mengenai kriteria yang dicarinya untuk menyertai parti politik lain, Khairy berkata ia mestilah sesuatu yang sejajar dengan wawasannya sendiri untuk negara, iaitu bersifat inklusif, dan progresif, serta berkaitan dengan tadbir urus yang baik.


"Ia mesti selesa, perlu ada keserasian. Menyertai parti politik baharu mesti janggal pada mulanya, kerana kita akan bertelagah pada satu ketika, tetapi itulah yang dimaksudkan dengan politik - memenangi semua orang."


Ditanya jika dia akan menubuhkan parti sendiri, Khairy berkata ia sememangnya satu pilihan, selain menyertai parti politik sedia ada.


"Sekarang, saya dalam mod mendengar. Saya akan dengar apa yang orang nak cakap," katanya.


Menurut Khairy, pemecatan dan penggantungan baru-baru ini akan memberi kesan kepada prestasi Umno pada pilihan raya negeri akan datang, kerana reaksi orang ramai terhadap apa yang berlaku adalah negatif.


Katnya, dia "kurang yakin" mengenai prospek masa depan Umno, kerana parti itu memerlukan "rombakan menyeluruh", bermula dengan barisan kepimpinannya, untuk pulih daripada prestasi buruknya pada PRU15.




Sumber: MalaysiaKini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2023 08:02 PM | Show all posts


My heart goes with you kavajayjay...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.058085 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list