CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 280|Reply: 1

[Kedah] Imigresen tutup sementara penyediaan pas sempadan di tiga lokasi di Kedah

[Copy link]
Post time 30-1-2023 06:30 PM | Show all posts |Read mode
Imigresen tutup sementara penyediaan pas sempadan di tiga lokasi di Kedah


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Januari 30, 2023 @ 4:44pm  bhnews@bh.com.my






ALOR SETAR: Jabatan Imigresen Malaysia Kedah menutup sementara perkhidmatan menyediakan pas sempadan di tiga lokasi di negeri ini untuk memudahkan kerja penyelenggaraan dilakukan.

Lokasi terbabit ialah Pejabat Imigresen Malaysia Cawangan Kulim dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Alor Setar serta Sungai Petani.

Pengarah Imigresen Kedah, Mohd Ridzzuan Mohd Zain, berkata pihaknya sedang melakukan transformasi berkaitan beberapa perkara termasuk sistem penyampaian bagi memastikan khidmat lebih baik dapat diberikan kepada masyarakat pada masa depan.

Susulan itu, beliau berkata, orang ramai yang ingin memperbaharui atau memohon pas sempadan boleh berbuat demikian di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQS) Kota Putra, Durian Burung di Padang Terap dan ICQS Bukit Kayu Hitam di daerah Kubang Pasu.

"Keadaan ini hanya bersifat sementara untuk kami melaksanakan penyelenggaraan dari aspek fizikal dan logistik dalam memberi perkhidmatan lebih baik kepada masyarakat.

"Namun hanya perkhidmatan penyediaan pas sempadan saja yang dihentikan secara sementara di tiga lokasi terbabit.

"Manakala perkhidmatan lain termasuk berkaitan urusan pasport berjalan seperti biasa," katanya pada sidang media di pejabatnya di Anak Bukit dekat sini, semalam.

Mohd Ridzzuan berkata, maklumat berhubung pembukaan semula perkhidmatan penyediaan pas sempadan itu akan dimaklumkan semula kepada orang ramai selepas segala-galanya selesai.

Sementara itu, Mohd Ridzzuan berkata, pihaknya mengambil maklum setiap aduan orang ramai terutama di media sosial berkaitan kesesakan di Pejabat Imigresen Kulim.

Katanya, sebelum ini ada individu mendakwa terpaksa beratur seawal jam 5 pagi untuk mengelak kesesakan.

"Pejabat Imigresen Kulim memang menjadi tumpuan ramai memandangkan lokasinya terletak berhampiran sempadan tiga negeri iaitu Pulau Pinang, Perak dan Kedah.

"Berikutan itu, kami akan tempatkan lebih ramai pegawai dan anggota di situ bagi membantu mengurangkan kesesakan.

"Selain itu, semua pegawai ini akan diberikan beberapa peranan termasuk menyemak sama ada dokumen dibawa orang ramai mencukupi atau tidak untuk urusan tertentu sejak dari awal orang ramai beratur supaya tidak berlaku kesesakan di kaunter," katanya.

Mohd Ridzzuan berkata, pejabat cawangan itu juga akan turut beroperasi pada hujung minggu iaitu Jumaat dan Sabtu bermula jam 8 pagi hingga jam 12.30 tengah hari.

Katanya, pada hari biasa pula, waktu tempoh operasi dipanjangkan daripada jam 8 pagi hingga jam 5 petang sebelum ini kepada jam 8 pagi hingga 7 petang sejak Sabtu lalu.

"Inisiatif ini diambil bagi mengurangkan kesesakan kerana ada individu datang hanya untuk mengambil pasport selepas permohonan diluluskan dan mereka tidak perlu beratur panjang.

"Kita akan menambah petugas untuk membantu golongan ini terus ke kaunter serahan tanpa perlu beratur atau mengambil nombor," katanya.










sumber


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-1-2023 06:31 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.111052 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list