CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 268|Reply: 0

[Perlis] Suami isteri kantoi seludup migran

[Copy link]
Post time 30-1-2023 05:37 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 30-1-2023 05:53 PM

Suami isteri kantoi seludup migran


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my



MOHD Shokri menunjukkan pasport dan wang tunai yang dirampas. FOTO Aizat Sharif




Padang Besar: Suami isteri antara sembilan individu ditahan di sini, selepas disyaki terbabit sindiket penyeludupan manusia.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, tiga anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) ketika rondaan terserempak dengan SUV yang sarat dengan penumpang sedang melalui Jalan Sena di kawasan Titi Tinggi, Padang Besar, kira-kira 11 malam, Sabtu lalu, .

Katanya, pemeriksaan mendapati pemandu SUV berkenaan adalah lelaki warga asing dari negara jiran berusia 28 tahun dan isterinya warga tempatan berusia 22 tahun di tempat penumpang depan dua wanita warga asing dan tiga lelaki warga asing berusia antara 26 tahun hingga 51 tahun di dua bahagian tempat duduk belakang.

"Kita kemudian memeriksa butiran peribadi mereka dan mendapati pasport yang dikemukakan oleh penumpang warga asing itu adalah palsu," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar, di sini, hari ini.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek yang memandu SUV itu bekerja dengan seorang wanita yang dipercayai dalang rangkaian penyeludpan manusia di mana suspek akan dibayar RM250 bagi setiap migran yang diseludup masuk ke dalam negara ini.

Siasatan mereka turut membawa kepada serbuan di rumah di Tunjang, Jerlun pada 3.45 petang, Ahad di mana lelaki warga asing, 52, dan wanita warga asing, 48, yang dipercayai 'mastermind' (dalang) dalam sindiket itu ditahan.

Kenderaan SUV, enam telefon bimbit, tujuh kad sim, lapan pasport antarabangsa selain 32 keping wang tunai bernilai RM1,702 turut dirampas dalam kedua-dua kejadian berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya percaya warga asing berkenaan diseludup masuk menerusi 'laluan tikus' di sempadan Malaysia-Thailand di daerah berkenaan.

Pihaknya turut menyiasat jika suspek terbabit dengan pemalsuan pasport, katanya.

Kesemua suspek kini ditahan selama 28 hari mengikut Seksyen 4 (5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 untuk membantu siasatan Sekysen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.




Disiarkan pada: Januari 30, 2023 @ 5:01pm
















Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.206127 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list