CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 225|Reply: 0

[Pulau Pinang] 14 mengaku tidak bersalah curi kabel dan hapus barang curi

[Copy link]
Post time 30-1-2023 05:30 PM | Show all posts |Read mode
14 mengaku tidak bersalah curi kabel dan hapus barang curi

oleh SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI30 Januari 2023 12:26pm





14 tertuduh mengaku tidak bersalah mencuri serta melupuskan barang curi iaitu kabel milik Telekom Malaysia di Mahkamah Majistret pada Isnin.




GEORGETOWN - 11 lelaki termasuk seorang pengurus syarikat sub kontraktor mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersama mencuri kabel milik Telekom Malaysia pada 10 Januari lalu.

Pengakuan tersebut dibuat di Mahkamah Majistret Georgetown di sini di hadapan Majistret R Manomani pada pagi Isnin.

Mengikut pertuduhan, Mohd Danial Mohd Nasib,42; Mohd Helmie Iswadi Ismail,40; Muhammad Faiz Yahaya,31; Mohd Hishammudin Mohd Razak, 45; Muhammad Farhan Ridzuan, 31; Muhammad Zulfaqar Ismail, 31; Syed Hasnisham Syed Hassan, 37; Abdul Wafi Fazil, 38; Muhamad Ridzuan Jamaludin, 35; Ahmad Finhas Fazil, 40 dan Muhammad Nasrul Mohammad Rashidey,30 didakwa bersama-sama dengan niat curang melakukan curi iaitu kabel syarikat Telekom Malaysia tanpa izin di persimpangan lampu isyarat Jalan Tanjung Bungah di sini pada jam 5 pagi, 10 Januari lalu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjarakan selama tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya yang mana, untuk kesalahan seterusnya, mereka boleh dipenjara dan denda atau sebatan.

Dalam pada itu, kesemua tertuduh juga menghadapi satu lagi pertuduhan bersama yang turut membabitkan tiga lelaki lain iaitu Sande Baijuri Ab Rahman, 40; Ahmad Zulaswad Ismail, 36 dan Muhammad Fauzal Roselan, 27.

Mengikut pertuduhan tersebut, 14 tertuduh didakwa bersama-sama dengan sengaja telah menolong menghapuskan harta curi iaitu kabel milikan syarikat Telekom Malaysia yang diketahui sebagai harta curi.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu antara 5 hingga 7 Januari 2023 pada jam 6.30 pagi di Kampung Matang Gedong, Sungai Petani, Kedah.




Bagi pertuduhan berkenaan, kesemua 14 tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan penjara selama tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurnajihatul Idayu Mohd Azuyar.


14 tertuduh mengaku tidak bersalah mencuri serta melupuskan barang curi iaitu kabel milik Telekom Malaysia di Mahkamah Majistret pada Isnin.





Mohamad Danial, Muhamad Faiz, Muhammad Farhan, Abdul Wafi, Muhamad Ridzuan, Ahmad Finhas dan Ahmad Zulaswad diwakili Khaliq Mehtab Mohd Ishaq manakala Mohd Helmie, Mohd Hishammudin, Muhammad Zulfaqar, Syed Hasnisham, Muhammad Nasrul, Muhammad Fauzal dan Sande Baijuri diwakili peguam, Naqieya Zulkernain.

Khaliq dan Naqieya dalam rayuan mereka berkata, kesemua anak guam yang diwakili adalah penyara tunggal keluarga yang menanggung ibu dan bapa yang uzur, isteri yang tidak bekerja serta beberapa orang anak.

Selain itu, kedua-dua peguam juga menyatakan kesemua anak guam mereka hanya pekerja biasa antaranya pembantu kedai, penternak ikan, pekerja syarikat kurier dan pengawal keselamatan dengan lingkungan pendapatan antara RM900 hingga RM1,500.

Oleh demikian, kedua-dua peguam tertuduh memohon mahkamah menetapkan wang jaminan yang minima yang mana, wang jaminan tersebut bukan sebagai hukuman sebaliknya bagi memastikan kesemua tertuduh hadir ke mahkamah pada tarikh sebutan yang ditetapkan.

Nurnajihatul memohon wang jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin untuk setiap tertuduh bagi kedua-dua pertuduhan.

Manomani kemudiannya menetapkan wang jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin bagi pertuduhan pertama terhadap setiap 11 tertuduh manakala RM1,500 dengan seorang penjamin terhadap setiap 14 tertuduh untuk pertuduhan kedua.

Kes ditangguhkan pada 15 Mei depan untuk sebutan semula.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, seorang sub kontraktor Telekom Malaysia ditahan bersama 13 pekerjanya selepas terlibat dalam kegiatan curi kabel milik syarikat tersebut melibatkan kerugian sebanyak RM910,448 di Pulau Pinang dan Kedah.

Selain mereka, polis turut menahan lima individu warga tempatan termasuk seorang wanita yang merupakan pembeli kepada sindiket curi kabel tersebut di Sungai Petani, Kedah.

Ketika ditahan, 11 lelaki sedang memotong dan mengeluarkan kabel bawah tanah menggunakan alat khas yang dipasang pada lori untuk menarik kabel dari bawah tanah sebelum memotongnya untuk dijual.

Kesemua mereka ditahan selepas Telekom Malaysia membuat laporan polis susulan menerima aduan daripada pengguna mengenai gangguan perkhidmatan internet di kawasan tersebut.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.070147 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list