CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 247|Reply: 0

[Melaka] Nelayan antara 3 didenda buat pertaruhan Piala Dunia

[Copy link]
Post time 30-1-2023 02:13 PM | Show all posts |Read mode
MELAKA: Tiga bookie termasuk seorang nelayan didenda RM7,300 atas kesalahan membuat pertaruhan bagi perlawanan Piala Dunia Qatar 2022 bulan lalu oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini.

Ketiga-tiga tertuduh, Richard Danker, 54, Linus Hilary Pinto, 60, dan Lim Soon Boon, 34, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku salah dan disabitkan pertuduhan masing-masing dalam prosiding berasingan di hadapan Majistret Sharda Sheinha Mohd Suleiman.

Sharda Shienha dalam keputusannya turut menimbangkan pengakuan salah tertuduh, rayuan, fakta kes dan hujah pendakwaan bagi pemberatan hukuman.

Dalam prosiding, Richard didakwa membuat pertaruhan Piala Dunia Qatar 2022 menggunakan telefon bimbit di tepi jalan Medan Portugis, Kampung Portugis, pada 14 Disember 2022, jam 4.10 pagi.


Linus Hilary dan Lim pula masing-masing didakwa melakukan kesalahan itu pada 14 dan 10 Disember 2022, kira-kira jam 4 pagi dan 6.40 petang di tepi Jalan Medan Portugis dan Jalan Daranjo, Kampung Portugis.

Bagi kesalahan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Pertaruhan 1953 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta, ketiga-tiga mereka ditahan pegawai dan anggota Cawangan D7 (Kongsi Gelap, Judi & Maksiat) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka.

Hasil pemeriksaan polis turut merampas sebuah telefon bimbit daripada setiap tertuduh sebelum pakar judi mengesahkan ia mengandungi aplikasi Chrome yang digunakan untuk catit taruh tanpa lesen sah.

Terdahulu ketiga-tiga tertuduh yang tidak diwakili peguam bela merayu hukuman denda ringan dengan Richard menyatakan dia hanya bekerja sebagai nelayan, manakala Linus Hilary dan Lim masing-masing penganggur dan pekerja restoran.

Sharda Shienha kemudian menetapkan Richard didenda RM2,500 manakala Linus Hilary dan Lim sebanyak RM2,400, selain setiap mereka dikenakan hukuman penjara tambahan sebulan jika gagal membayar denda.

https://www.bharian.com.my/berit ... taruhan-piala-dunia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.400287 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list