Cetus Rasa Teruja Netizen & Rakan Selebriti
Tinjauan Murai MY di ruangan komen mendapati, rata-rata netizen dan rakan selebriti meluahkan rasa teruja, malah ada yang turut mendoakan agar Zizan dan Hawa dijodohkan bersama.
“Muka sama, jodoh dah tu ????.”-Ruhainies
“Amin awak juara.”-Datuk Seri Aliff Syukri
“APPROVED!.”-Nabila Razali
“KAMI TUMPANG GEMBIRA.”-Achey
“Jangan lupa jemput tau ????.”-Datin Nina Juren
“Jan, date haritu aku dah locked untuk korang taw.”-Radin Era
Tampil Beri Penjelasan
Menyedari hantaran-nya itu telah menimbulkan salah faham di kalangan peminat dan rakan selebriti, Zizan tampil memberi penjelasan dengan hantaran terbaru yang menjelaskan bahawa niatnya hanya mahu menguar-uarkan cerita yang akan ditayangkan di televisyen,
menampilkan dirinya dan Hawa Rizwana sebagai pelakon dalam cerita berkenaan.
“Saya nak rakyat Malaysia bertenang dulu. Posting itu tadi niat saya hanya mahu menguar-uarkan cerita yang bakal kami keluarkan tu. Sebab ini adalah lakonan pertama Hawa.
Dia jadi lain pulak ceritanya ya. Dia jadi orang ingat saya ada apa-apa dengan Hawa. No, bukan itu ceritanya.”-Jelas Zizan