CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1169|Reply: 11

[Jenayah] Nak Elak Kena Saman, Owner Alza VJF 2936 Ambik Saman Kereta Lain Konon Dah Kena Saman!

  [Copy link]
Post time 30-1-2023 02:01 PM | Show all posts |Read mode
Sebut mengenai saman, pasti ramai yang mahu mengelak untuk menerimanya. Dalam pada itu, surat saman terpaksa dikeluarkan oleh pihak majlis perbandaran buat pengguna jalan raya yang degil serta melanggar undang-undang seperti parkir di tempat yang salah dan sebagainya.

Terbaharu, tular sebuah perkongsian di mana seorang pengguna Facebook menerusi perkongsian pada Facebook Group Penduduk Sungai Petani (PSP) meluahkan rasa tidak puas hati terhadap situasi yang berlaku pada dirinya.

Berdasarkan perkongsian, beliau nampaknya bukannya tidak berpuas hati dengan saman yang dikenakan, sebaliknya berang dengan tindakan pengguna kereta Perodua Alza generasi baharu ini yang dengan selamba mengambil surat saman pada cermin kereta beliau serta meletakkannya pada kereta sendiri.

Difahamkan tujuan meletakkan surat saman kereta lain pada cermin sendiri ini dibuat dalam usaha ‘mengelirukan’ pihak Majlis Perbandaran Sungai Petani seolah kereta beliau sudah disaman. Dalam pada itu, individu ini meluahkan rasa berang kerana didakwa tindakan tersebut mampu membuatkan kereta beliau disaman sebanyak dua kali.

Tindakan di luar kotak pemikiran ramai ini sekaligus dikongsikan di Facebook serta memohon pemilik kereta Perodua Alza tersebut untuk menghubungi beliau sekaligus menjadi pengajaran kepada orang ramai.

Perkongsian yang dibuat turut mendapat perhatian ramai apabila turut dikongsikan menerusi laman Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini di mana netizen tampil dengan respon yang berbeza.

Terdapat netizen yang mendakwa ini merupakan pertama kali situasi ‘berebut saman’ berlaku. Tidak kurang juga yang turut menyoal adakah benar pengguna jalan raya boleh dikenakan saman sehingga dua kali sekiranya situasi ini berlaku.

Difahamkan setiap saman yang dikeluarkan sudah berada dimasukkan dalam sistem majlis pebandaran. Hal ini sekaligus memastikan tidak berlaku isu saman buat kali kedua di tempat dan lokasi yang sama.

Diharap isu ini tidak menjadi kebiasaan dalam masyarat kerana bakal menyusahkan individu yang dikenakan saman gara-gara tidak menerima sebarang surat saman pada kereta sekaligus terpaksa membayarnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-1-2023 02:01 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2023 02:02 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2023 02:02 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2023 02:02 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 02:05 PM | Show all posts
Macam-macam hal lah mereka ini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2023 02:06 PM | Show all posts
Ramai je yg lahanat buat mcm tuu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 02:13 PM | Show all posts
x pnh terpikir la pulak

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2023 02:15 PM | Show all posts
30 thn dulu org sudah buat trick ini...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 02:44 PM | Show all posts
Simunggu replied at 30-1-2023 02:15 PM
30 thn dulu org sudah buat trick ini...

hahaha knnnn...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 03:55 PM | Show all posts
tak pernah terfikir aku
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
MPSP check mcmana
Jenis tgk.ada surat then ignore ke mcmana?
Kalau.mbpj sini depa scan je no plat..
So selamat la.sapa dah bayo sebab guna smart parking apps kan...
Iols.guna apps.tu.je senang...dari dalam bangunan pung boleh tambah masa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.239498 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list