CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 321|Reply: 0

[Kelantan] Cederakan nenek sebelum mengamuk di masjid

[Copy link]
Post time 30-1-2023 01:58 PM | Show all posts |Read mode

LAPORAN Harian Metro sebelum ini.

Kota Bharu: Lelaki kurang siuman yang maut dipercayai dipukul di Masjid Tok Guru, Pulau Melaka, di sini, malam tadi, dilaporkan keluar dari rumahnya di Pasir Puteh sejak kelmarin selepas mengamuk dan mencederakan neneknya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat ibu mangsa selain dimaklumkan lelaki berusia 20-an itu tidak pulang selepas kejadian berkenaan.

Katanya, pihaknya kemudian menerima panggilan orang awam berkaitan kes mengamuk membabitkan lelaki sama pada jam 7 malam tadi dan terus bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik sampai ke lokasi, didapati mangsa berada dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang bertugas.

"Mayat dibawa menggunakan ambulans ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk dibedah siasat.

"Hasil siasatan polis mendapati mangsa ke masjid terbabit untuk menunaikan solat Asar, bagaimanapun sekitar jam 6.30 petang dia dilihat mengamuk dan berlaku pergelutan dengan pengawal keselamatan masjid berkenaan," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Muhamad Zaki berkata, mangsa kemudian ditahan dengan dibantu pelajar tahfiz berdekatan sebelum mereka memanggil pihak polis untuk meminta bantuan.

"Pengawal keselamatan kemudian direman selama tujuh hari, manakala 12 individu lagi yang juga saksi termasuk pelajar, warden dan tukang masak dibawa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk diambil keterangan.

"Kes disiasat mengikut seksyen 304 kanun keseksaan kerana menyebabkan kematian dengan salah," katanya.

Menurutnya, polis turut menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung dengan insiden yang berlaku dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Terdahulu dalam kejadian jam 7 malam tadi, seorang lelaki yang mempunyai masalah mental meninggal dunia dipercayai dipukul di Masjid Tok Guru Pulau Melaka, di sini.

Mangsa berusia 20-an dikatakan mengamuk di masjid berkenaan sebelum menendang seorang wanita berusia 57 tahun yang melalui perkarangan masjid itu.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -mengamuk-di-masjid

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.348212 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list