CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 269|Reply: 0

[Pahang] Selamba parkir van tengah jalan

[Copy link]
Post time 30-1-2023 01:56 PM | Show all posts |Read mode

VAN yang diparkir di tengah jalan bersama bangsal. FOTO ihsan MBK

Kuantan: Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) mengeluarkan notis pengalihan terhadap pemilik van kerana meletakkan kenderaan itu di tengah jalan di sebuah taman perumahan di daerah ini, semalam.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MBK, Norkamawati Kamal berkata, tindakan itu dilakukan kerana kenderaan terbabit menghalang lalu-lintas di kawasan taman itu.

Katanya, berdasarkan notis terbabit, pemilik diarah untuk mengalihkan kenderaan itu dalam tempoh seminggu.

"Jika gagal berbuat demikian, van terbabit bersama bangsal akan disita mengikut Seksyen 46 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

"Tindakan pemilik bukan saja menghalang lalu-lintas, malah mencetuskan ketidakselesaan penduduk khususnya pengguna jalan raya.

"Oleh itu, dengan mengeluarkan notis terbabit, pemilik kenderaan terbabit diminta segera mengalihkan sebelum tindakan lebih tegas diambil," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, penguatkuasaan itu berdasarkan aduan awam yang diterima.

Katanya, jika kenderaan itu disita, pemilik boleh menuntutnya tetapi kadar yang dikenakan sehari berjumlah RM100.

"Dalam kes terbabit, MBK meminta pemilik kenderaan supaya tidak mementingkan diri demi kebaikan bersama," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ir-van-tengah-jalan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.245152 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list