CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 399|Reply: 4

[Tempatan] Badan pemikir: Perlu ada latar belakang khusus bagi penasihat ekonomi

[Copy link]
Post time 30-1-2023 01:29 PM | Show all posts |Read mode
Badan pemikir: Perlu ada latar belakang khusus bagi penasihat ekonomi

https://www.malaysiakini.com/news/653290

Diterbitkan:  Jan 30, 2023 11:12 AM⋅
Dikemaskini: 11:12 AM



Sebuah badan pemikir menyatakan kebimbangan terhadap keputusan Perdana Menteri Anwar Ibrahim melantik anak sulungnya Nurul Izzah sebagai penasihatnya dalam bidang ekonomi dan kewangan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pusat Pendidikan Pasaran (CME) berkata walaupun kelayakan dari segi kepakaran tidak diperlukan untuk peranan politik seperti menteri kabinet, ia perlu bagi penasihat dan kaunselor.

"Nurul Izzah belajar kejuruteraan dan hubungan antarabangsa. Dia tidak mempunyai latar belakang khusus dalam ekonomi atau kewangan," kata CME.

Nurul Izzah merupakan ahli politik dan pernah menjadi ahli parlimen selama tiga penggal. Pada 2008, pada usia 28 tahun, dia dipilih sebagai ahli parlimen Lembah Pantai. Semasa pilihan raya Parlimen lalu, dia gagal mengekalkan kerusi Permatang Pauh.

CME berkata walaupun Nurul Izzah adalah penasihat perdana menteri secara pro bono, mendapatkan penasihat tidak berkelayakan adalah dasar yang tidak baik.

"Dasar buruk, walaupun dipandu oleh niat baik, boleh merosakkan negara. Kita telah melihat ini dengan siling harga atau sekatan pekerja asing," kata Ketua Pegawai Eksekutif CME Carmelo Ferlito.

Ferlito berkata pelantikan Nurul Izzah juga bercanggah dengan percubaan Anwar untuk menggambarkan dirinya sebagai seorang reformis.

“Strategi kempen dan komunikasi Anwar dikaitkan dengan janji (agenda) baru dan reformis yang sepatutnya menangani rasuah dan nepotisme,” kata Ferlito.

Begitu juga, Ahli Parlimen Bachok Syahir Sulaiman berkata pelantikan Nurul Izzah adalah konflik kepentingan.

"Prinsip asas dalam etika urus tadbir (governance) yang telah dikompromi, di samping janji reformasi institusi yang telah dilanggari," kata Syahir dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Syahir menyindir pelantikan dibuat Anwar dengan membandingkannya dengan Presiden Indonesia Joko Widodo.

"Di Indonesia, Presiden Jokowi melantik tujuh anak muda milenial sebagai penasihat di Pejabat Presiden, dan melantik satu Menteri Kewangan yang disegani dunia.

"Di negara Madani, perdana menteri melantik dirinya sebagai Menteri Kewangan, dan melantik anaknya sebagai penasihat ekonomi dan kewangan kepada dirinya.

"Pada masa sama, beliau mempunyai dua timbalan perdana menteri, dan dua timbalan menteri kewangan, di samping satu menteri ekonomi yang bijaksana," kata Syahir.

"Di Indonesia, presiden Jokowi melantik tujuh milenium sebagai penasihat kepada presiden. Beliau juga melantik seorang (bekas pegawai Bank Dunia) sebagai menteri kewangan.

“Di negara Madani, perdana menteri melantik dirinya sebagai menteri kewangan, keturunannya sebagai penasihat ekonomi dan kewangan.

"Pada masa yang sama, perdana menteri mempunyai dua timbalan perdana menteri, dua timbalan menteri kewangan dan seorang menteri ekonomi yang semuanya sangat bijak," kata Syahir.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2023 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi cai2 batak panatik reformasi self-claim educated terpaling genius acah2 keturunan kayo rayo gigih gebang membekap .
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Nurul izzah ada 2 degree
1. Engin
2. Public policy
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat msia ni mcm Megah Holding ke
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 07:27 PM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 30-1-2023 08:09 PM

Pemerintahan dulu..

hanya anak2 skolah B40 dapat bantuan

Malaysia Baru...

anak2 M40 pong dapek bantuan skolah..
nampak rakyat happy tp x berterima kasih kat gomen..

mgkn idea ni dari Nurul Izzah..

mgkn Nurul bgtau kat daddy..

Nurul : Daddy bg lah jugak bantuan RM150 per anak skolah M40..

PM : tabung duit rakyat makin tipis

Nurul : tak per.. cegah lah ketirisan mcm cegah bagi komisyen 3 ke 4 % untuk projek masa PKP RM9X billion...  duit yg x tiris RM3 ke 4 billion tu bagi lah rakyat..

PM : Cantek... tapi kenapa x bagi subsidi makanan mcm kurangkan harga minyak masak..

Nurul : RM3 ke 4 billion x cukup utk sabsidi minyak masak.. lagi pun harga komoditi ditentukan pasaran.. kalo gomen campurtangan turunkan harga komoditi Minyak sawit Mentah (MSM) yg kesannya berkadar langsung dgn harga minyak masak... nnt peneroka filda, filcra, risda marah.. pelabur PNB n Tabung Haji pon marah sebab dividen ASB n Tabung Haji jatuh jer.. yer lah Estate sawit Sime Darby (under PNB) n Tabung Haji kan besar..

PM : OK lah kalo camtu lantik Nurul jadi penasihat tanpa gaji dari segi ekonomi rakyat lah..

Nurul : tapi nnt rakyat marah kalo lantik PM anak beranak

PM : alah.. sedangkan Allah turunkan ujan salah.. panas salah... manusia mmg camtu.. perasan semua dia betul n bagus.. planning kewangan diri sendiri pong ke laut.. bila OPR naik sikit.. harga barang naik sikit... trus melingkup.. terus ngamuk2 bising..  ada ati konon nak sembang pasal ekonomi... diri sendiri x terurus... nak sembang ekonomi negara kunun

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.074817 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list