CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 594|Reply: 6

[Jenayah] Lantik Nurul Izzah salah dari segi moral - Hassan Karim

[Copy link]
Post time 30-1-2023 01:26 PM | Show all posts |Read mode
Lantik Nurul Izzah salah dari segi moral - Hassan Karim

https://www.malaysiakini.com/news/653306

Diterbitkan:  Jan 30, 2023 12:40 PM⋅
Dikemaskini: 1:06 PM



Bukan sahaja pembangkang, Hassan Abdul Karim turut tidak sedang dengan pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai penasihat kanan kewangan dan ekonomi perdana menteri.

Anggota parlimen lantang Pakatan Harapan (PH) itu berkata ketika penyokong gabungan itu bertanya padanya berkaitan perkara itu, dia menjawab:

"Legally right but morally wrong. (Betul dari segi undang-undang tetapi salah daripada segi moral.)”

Pemuda Bersatu hari ini mempersoalkan tadbir urus Perdana Menteri Anwar Ibrahim  dengan “segala macam jawatan lantikan bertaraf penasihat” ketika pembentukan kabinet lebih kecil.


Nurul Izzah Anwar

Jawatan itu juga didakwa bercanggah dengan kedudukan menteri ekonomi Rafizi Ramli.

Badan pemikir Pusat Pendidikan Pasaran (CME) pula berkata Nurul Izzah tidak mempunyai latar belakang khusus dalam ekonomi atau kewangan.

Menurut CME, walaupun kepakaran tidak diperlukan untuk peranan politik seperti menteri kabinet, ia perlu bagi jawatan penasihat dan kaunselor.

Anwar kelmarin mempertahankan kelayakan anak sulungnya itu untuk menjadi penasihat tidak bergaji dalam soal ekonomi dan kewangan.

Anwar berkata, selain memegang ijazah sarjana muda kejuruteraan, Nurul Izzah juga memiliki ijazah sarjana dalam bidang dasar awam dari Johns Hopkins School of Advanced International Studies.

Anwar yang turut memegang portfolio kewangan berkata dia juga tiada kelayakan formal dalam bidang itu, begitu juga dengan ramai pemimpin yang pernah memegang jawatan menteri.

Anwar merupakan pelajar jurusan Pengajian Melayu ketika menuntut di Universiti Malaya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2023 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa nak hairan semua nih, integriti yg kuhnun2nya diperjuangkan selama 24 tahun pun Pak Non idol terpaling marhein sanggup sondol ke dalam lubang taik .
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Pak asan nih x abis2 nak protes, karang nuart termkn hastn wak jahit mau kena pecat ko
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
MADANI - My Anak Dan Bini
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 02:11 PM | Show all posts
Firenzza replied at 31-1-2023 01:51 PM
Pak asan nih x abis2 nak protes, karang nuart termkn hastn wak jahit mau kena pecat ko

berani ke bangnon nak pecat ? kalo pecat hilang kerusi.... sokongan bangnon tu pun  bukannya kuat n ramai mana pun... yg dalam umno tu pun terpaksa menyokong jah konsepnya
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau LEBAI BUAT semua jadi halal. Orang lain HARAM.











Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2023 02:12 PM | Show all posts
Solokkk replied at 30-1-2023 06:55 PM
Apa nak hairan semua nih, integriti yg kuhnun2nya diperjuangkan selama 24 tahun pun Pak Non idol ter ...

lepas dah kena kencing dengan hoi hoi ya hoi siapa sokong penyamun pun masih ada lg org yg selera nak husnuzon dgan bangnon ni....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.178725 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list