View: 9230|Reply: 140
|
Agensi Umrah Aniaya Jemaah! Pakej Mahal RM9,500 Tapi Dapat Hotel Jauh 1km Dari Masjidil Haram, Berbau, Sempit
[Copy link]
|
|
Pengalaman umrah yang tidak dapat dilupakan.
Itulah kata-kata yang sesuai diungkapkan mengenai kisah wanita ini apabila dia menjadi mangsa 'janji manis' sebuah agensi pelancongan.
Bukan sahaja terpaksa menambah wang sehingga ribuan ringgit, malah apa yang lebih teruk, pakej yang dijanjikan pula hanya indah khabar daripada rupa.
Foto: mStar
Berkongsi cerita mengenai pengalaman pahitnya, wanita bernama Surya Jamlus ini berkata, dia mengambil pakej umrah dengan sebuah agensi pelancongan dengan harga asal RM6,520.
Pakej tersebut merangkumi Hotel Safwah yang terletak 50 meter dari Masjidil Haram atau setaraf di Mekah, Hotel Dar al Naem yang terletak 150 meter dari Masjid Nabawi dan setaraf di Madinah, Hotel Rajan di Thaif, full board di Madinah dan Thaif, manakala sarapan pagi di Mekah.
"enerbangan asal sepatutnya pada 7 hingga 18 Disember 2022. Kami dimaklumkan ketika itu cuti sekolah di sana jadi perlu bayar tambahan RM500... maknanya pakej menjadi RM7,020.
"Tapi ditunda kepada 13 hingga 24 Januari 2023. Bukan cuti sekolah, tapi tiada pemulangan RM500 kerana kos meningkat kata mereka.
"Lima hari sebelum penerbangan, agensi itu melalui zoom meeting dan hanya one way communication, memaklumkan penambahan RM2500 dan perlu diselesaikan sebelum 9 Januari.
"Kata mereka tiada pilihan untuk refund kerana tiket penerbangan dan visa sudah dibuat. Selepas habis zoom meeting, kami tanya dekat grup Whatsapp yang dibuat khas, tapi tiada respons," ujar wanita berusi 40 tahun ini ketika dihubungi mStar.
Foto: mStar
Mengakui ketika itu sudah timbul perasaan tidak sedap hati, Surya berkata dia mengambil keputusan untuk pergi ke pejabat agensi pelancongan berkenaan bagi mendapatkan penjelasan, namun pulang dengan hampa.
"Saya cuma nak tanya kenapa bayaran terlalu mahal. Travel agency lain pun paling tinggi RM800 kenaikan. Bayangkan masa saya ke situ, lagi dua hari nak berangkat ke Tanah Suci. Tapi saya diberitahu hotel di sana pun tak confirm lagi.
"Sehari sebelum berangkat, kami dapat pemberitahuan untuk selesaikan baki bayaran. Ramai jemaah lain selesaikan sebab ingatkan dapat pakej yang sama, tapi pakej telah berubah sepenuhya," luahnya kesal.
Akhirnya, segala perasaan tidak sedap hati yang membelenggu fikiran wanita ini terjawab sebaik sahaja rombongan jemaah umrah yang disertainya tiba di Madinah.
Foto: mStar
"Kami dapat hotel yang terletak lebih kurang dalam 200 meter dari masjid. Hotel yang kami duduk bercampur dengan jemaah Indonesia. Kami sahaja 40 orang jemaah Malaysia.
"akej full board tapi amat mengecewakan daripada segi makanan, layanan dan bilik hotel. Tapi reda sajalah ketika itu.
"Ingatkan pengalaman ini habis dekat Madinah saja, rupa-rupanya berterusan hingga ke Makkah," cerita wanita yang menetap di Seri Kembangan, Selangor ini.
Tambah Surya, mereka hanya dimaklumkan tentang penginapan di Makkah beberapa jam sebelum berangkat ke sana.
Hotel penginapan mereka pula terletak kira-kira satu kilometer dari Masjidil Haram atau mengambil masa 30 minit berjalan kaki.
"Bayangkan yang dijanjikan sebelum ini Hotel Safwah jarak 50 meter atau setaraf... dan apa kami dapat berganda jauh. Saya pula bawa bersama ibu yang berusia 75 tahun dan menggunakan kerusi roda.
"Betapa struggle kudrat seorang wanita untuk menolak kerusi roda dari hotel ke masjid setiap hari.
"Selain itu, keadaan bilik hotel kami sangat tidak selesa. Bilik dipenuhi lalat, permaidani berkulat dan kotor, comforter kotor hingga ada alami gatal kulit, dan tiada sarapan pagi seperti dijanjikan dalam pakej.
"Ziarah ke Thaif yang sepatutnya ada seperti dijanjikan dalam pakej juga, langsung tiada.
"Memang dah tak boleh nak buat apa, melainkan reda dan pendam saja sepanjang di sana," kongsinya lagi.
Wanita ini menambah, tujuan dia membuat perkongsian di laman sosial adalah kerana tidak mahu bakal jemaah lain menerima nasib yang sama seperti yang dialami mereka.
"Sebenarnya saya share sebab terkilan, bukan sebab duit semata-mata. Sebab saya bawa ibu bersama tapi pengalaman yang kami rasai sangat menyedihkan.
"Saya siap buat research dahulu sebelum ambil agensi ini... baca review dan tengok pakej yang ditawarkan pun bagus. Saya ke Tanah Suci pada 2019 menerusi muassasah, dah kira puas hati. Jadi saya fikir agensi ini sepatutnya lagi okay perkhidmatannya tapi sebaliknya pula.
"Kalau penambahan yang diminta sama dengan pakej, saya boleh terima. Tapi bila jadi macam ni, nampak agensi ini tak efisien. Sudahlah sekepala bayar tambahan RM3,000. Kiranya seorang keseluruhan RM9,520.
"Saya akan ambil tindakan dengan laporkan kepada tribunal pengguna. Sampai sekarang belum ada kata-kata maaf atau penjelasan daripada pihak sana mengenai apa yang berlaku.
"Apa yang boleh saya kongsikan, bakal jemaah hati-hati pilih agensi. Dan sepatutnya pihak berwajib ambil perhatian supaya agensi juga tak ambil kesempatan. Akhir sekali, saya nak berterima kasih kepada kawan-kawan kerana banyak menolong sepanjang di sana.
"InsyaAllah, jika ada rezeki, saya nak bawa ibu pergi umrah lagi sekali," ujarnya lagi. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
pergi umrah mana boleh complain, anggap lah itu dugaan, hidup
lagi besar dugaan, lebih besar la ganjaran di akhirat kelak... |
|
|
|
|
|
|
|
salimrock: pergi umrah mana boleh complai ...
Mana boleh cmtu diknon. Itu duit kita, hak kita. Kalo ikut slogan ko ni, abis bermaharajalela la scammer kat malaysia ni |
|
|
|
|
|
|
|
agensi umrah ke haji ke waima TH sendiri pun dah tak fikir pasal jemaah lagi...yang penting untooonggggg....... jemaah komplen....buat-buat sedih...gunakan alasan syukur apa lancau dia semua... orang-orang tua, orang yang sekali seumur hidup bercakau cari duit nak ke sana diorang apa fikir..yang penting jemaah VVIP, retis, budak-budak influencers tiktok diutamakan demi jaga imej.. makcik tua komplen apa lah sangat...memang sial diorang semua ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
ada lg ke package murah dpt hotel dekat.. 10years ago pun dh ramai bg tau/terkena. hotel dekat harga pun lumayan dh kata areb pun main harga |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha. Sama ayat mutawwif guna bila dapat hotel macam sial walau bayar premium. Babikan aje diorang ni dekat Mekah sana. Pak arab pun kaki scam dekat Mekah.
|
|
|
|
|
|
|
|
dapat pg umrah dah syukur...ujian tu dari Allah... |
|
|
|
|
|
|
|
Tahi semua tu kalau suruh bersabar. Tiada dalam islam suruh kita sabar sabar sabar walaupun hak kita kena curi sebegini. Fight!!! Hahah emo aku. Jgn sabar tak kena tempat ok. Sesuai lah tu dia dah bawak ke tribunal. Semoga travel agent tu mendapat cashhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Yang belum pernah ke mekah, i tolong bagitau, hotel safwah yang agent tu janjikan memang sgt2 dekat dengan masjidil haram. Turun eskalator 2x, mmg terus dataran masjid tu. Sesuai sgt utk org2 tua sebab x pyh susah. Tapi hotel yg dorang dapat tu, jauhhh 1km, korang bayangkan kena menapak contoh dari jalan tar tu hingga ke pasar seni kot. Tolak wheelchair, imagine gaisss. Pastu sepanjang perjalanan tu memang kena maneuver wheelchair tu elak lopak, beam jalan, turun naik beam segala.. boleh bayangkan tak sengsara dia. Ei pastu makanan pun sembarangan. Fyi utk pakej yg dia ambil, sarapan, lunch semua mmg buffer style, meriah lauk pauk, cheese, croissant, juice melimpah. Paham tak kecewa tu mcamana bila dpt hotel berbau, berkulat, makanan pun sembarangan. Yihhhh |
|
|
|
|
|
|
|
salimrock replied at 30-1-2023 01:10 PM
pergi umrah mana boleh complain, anggap lah itu dugaan, hidup
lagi besar dugaan, lebih besar la gan ...
Anak jiran aku kata lagi jauh kaki yg melangkah ke masjid atau rumah ibadah lagi bertambah pahala setiap langkah yg diambil......
Ko ada pernah dengar keww salim rockerz?
|
|
|
|
|
|
|
|
masalah umrah nk cite berbelas tahun, stress nk mampos, agensi aku divert dari nk pi umrah gi jakarta, baper mlm tinggal situ sebb nk amik flight dari sana aku, siap bawak pusing2 kota tua jakarta. balik gi kerja org heran apa umrah 5 hari je ahahhaa.. kena plak ngan mulut opismate mangkok dok mengata allah tak terima jadi tetamunya... |
|
|
|
|
|
|
|
mayaHD replied at 30-1-2023 02:56 PM
masalah umrah nk cite berbelas tahun, stress nk mampos, agensi aku divert dari nk pi umrah gi jakart ...
Umrah skg ada ziarah ke maldives...ko ada dengar? |
|
|
|
|
|
|
|
ye , pernah, oh ok2 baru aku paham...
itu la diorag tak nampak maksud tersirat
|
|
|
|
|
|
|
|
Atata replied at 30-1-2023 01:41 PM
Yang belum pernah ke mekah, i tolong bagitau, hotel safwah yang agent tu janjikan memang sgt2 dekat ...
Masa tengok poster dia patut check dengan org biasa pegi atau buat comparison dengan TA lain.. x logik pakej harga 6520 dpt hotel di safwah..awal2 lagi dah red flag.. jadi kalau first time pegi dan nak cari yang murah kena kaji kenapa dia murah sangat dari yg TA lain offer? Pakej2 safwah atau hotel area dataran biasa mmg 8k ke atas.. tp mmg ralat la sebab in the end kena topup sampai jadi 9k ++ which dah boleh dapat sebilik berdua area safwah tu tp last2 kena game dpt hotel lorong.. moga dapat keadilan dan pengajaran buat dia |
|
|
|
|
|
|
|
mayaHD replied at 30-1-2023 01:56 PM
masalah umrah nk cite berbelas tahun, stress nk mampos, agensi aku divert dari nk pi umrah gi jakart ...
Allah sis.. agensi apa tu.. harap dah lingkup la kalau tahap aniaya org mcm ni..moga da rezeki sis dan keluarga untuk sampai ke tanah haram nanti |
|
|
|
|
|
|
|
makcik ni tak takut mastika ke |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by stingerpressor at 30-1-2023 03:33 PM
salimrock replied at 30-1-2023 03:19 PM
ye , pernah, oh ok2 baru aku paham...
itu la diorag tak nampak maksud tersirat
Sebab iteww seronoknya kalau berpeluang pergi waktu sedang sihat punyai banyak tenaga...tentu seronok ...dapat maraih banyak manfaat.....dari sekecil kecil pahala yg mungkin kita tidak mungkin dapatkheunnya jika keadaan dah agak uzur dan pergerakheun terbatas.....
Sebab iteww anak jiran aku juga ada sebut akan nasihat nabi dalam satu hadith katanya tak tshu samada hadith sahih atau pun tidak...nabi menyeru umatnya utk tunaikheun haji ketika ianya senang utk dilakukheun sebelum datangnya susah...
Banysk yg tersirat jika benar sahihnya hsdith ini...dan indeed true and behold....kita disaksikheun skan kebenaran seruan ini...tika pandemik melanda,duit segunung mana pun mekah ditutup, dan kita sendiri jika tidak ambil peluang bila peluang telah terhidang sedang diri dlm keadaan punyai banyak tenaga tapi pilih utk sebut belum bersedia...sehingga bila dah bersedia...tenaga pula berkurangan...
SUBHANALLAH.... |
|
|
|
|
|
|
|
renko replied at 30-1-2023 03:24 PM
makcik ni tak takut mastika ke
Kohkohkohkohkoh, sisssssss… |
|
|
|
|
|
|
| |
|