CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 403|Reply: 2

Malang Nasib Lelaki, 3 Kali Ditahan Kerana Nama Sama Dengan Bos Kartel Dadah

  [Copy link]
Post time 30-1-2023 12:42 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki Colombia tidak bernasib baik apabila dia ditahan polis sebanyak tiga kali kerana mempunyai nama sama seperti seorang bos kartel dadah yang digeruni, lapor akhbar Daily Star semalam.


Rene Martinez Gutierrez, 46, menggambarkan dirinya sebagai individu pendiam, lelaki yang sudah berkeluarga, dan tidak mempunyai rekod jenayah.




Rene Martínez Gutierrez telah ditangkap sebanyak tiga kali kerana namanya. - Facebook





Lelaki itu telah menjadi sasaran penguatkuasa undang-undang kerana mempunyai nama yang sama dengan pengedar dadah Peru itu. Dia ditahan sebanyak tiga kali sejak 13 tahun lalu.


Dia pertama kali ditahan pada 2010 selepas pergi ke balai polis di Bogota untuk meminta rekod kehakiman bagi memulakan perniagaan.


Apabila polis memeriksa rekodnya, mereka mendapati terdapat waran tangkap antarabangsa terhadap namanya. Dia ditahan selama lima hari dan pegawai di kedutaan Peru memberitahu dia disalah anggap sebagai pengedar dadah tersebut.


Penahanan kedua berlaku pada 2011 dan Gutierrez terpaksa menghabiskan tempoh dua bulan di penjara La Picota. Dia ditahan selepas dipanggil ke balai polis untuk membuat kenyataan mengenai tempat kerjanya yang dirompak.


“Nama dan tarikh lahirnya sama dengan pesalah yang bersubahat dengan seorang lelaki yang mengangkut 20 kilogram kokain pada 2006,” kata isterinya, Yesenia Contreras kepada laman berita El Tiempo.


Awal bulan ini, Gutierrez sekali lagi ditahan selepas bertemu bapanya yang sakit. Ejen Polis Antarabangsa (Interpol) menahan pesawat yang dinaikinya di landasan sebuah lapangan terbang.


Selepas bertanya nama dan memeriksa kad pengenalan Gutierrez, mereka membawanya pergi dan kini masih dalam tahanan di balai polis Los Martires.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2023 02:01 PM | Show all posts
Susah juga kalau nama sebiji sama dgn famous personalities

I know quite a few

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tukar nama secepat yg mungkin sblum ko kena tahan buat kali keempat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.066627 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list