CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1153|Reply: 17

Normal Ke Suami Simpan Gambar Dan 'Conversation' Dengan Bekas Kekasih?

[Copy link]
Post time 30-1-2023 12:40 PM | Show all posts |Read mode
Fasa awal sesebuah perkahwinan ada kalanya diuji dengan kepercayaan yang rapuh terhadap pasangan.


Kisah lalu juga menjadi faktor kerana ia boleh menghantui hubungan pasangan suami isteri yang baru dijalinkan.


Begitulah luahan tanpa nama seorang wanita di Twitter apabila suaminya dilihat masih menyimpan perasaan terhadap bekas kekasih.








Wanita tersebut pernah bertanyakan kepada suaminya mengenai perihal itu dan jawapan yang diterima adalah mereka hanya berkawan biasa.


Wanita tersebut memaklumkan bekas kekasih itu merupakan cinta pertama suaminya dan mereka menjalinkan hubungan percintaan selama hampir enam tahun.


Runsing dengan situasi yang dihadapinya, wanita itu meminta pendapat warga maya cara yang terbaik untuk menangani isu rumah tangga tersebut.




Gambar hiasan




"Saya nak tanya, normal ke suami berhubungan dengan bekas kekasih dan anggap macam kawan biasa? Dan kenapa kena simpan gambar bekas kekasih lagi?


"Sekarang ni saya rasa cemburu dan was-was dengan suami saya sendiri," kata wanita itu meminta pandangan.


Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya berpendapat perkara itu boleh membawa kepada kecurangan dalam rumah tangga mereka.











"Senang cerita, lelaki begini memang tak boleh nak lupakan cinta pertama dia. Kalau sekadar simpan memori lama, itu biasa.


"Tapi kalau masih berhubung, nasihat la dia untuk jaga batasan. Asalkan jangan provoke tuduh dia curang.








"Kalau tak boleh move on lagi jangan la kahwin dengan orang lain, buat seksa je," kata sebahagian warga maya.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2023 12:51 PM | Show all posts
Ianya adalah memori.

Kadang, melihat memori dan kenangan boleh menambah kematangan kerana ianya booleh menjadi suatu refleksi kehidupan.. tetapi, ada juga masalahnya kerana pada masa yang sama boleh menyebabkan keluar dua tanduk.

Jika dalam keadaan biasa, iaitu seseorang itu melihat memori ini dengan cuma reaksi biasa dan tidak melihat secara kerap juga .... tetapi ini  masih menimbulkan rasa tidak senang kepada pasangan, kemungkinan hubungan pasangan ini ada isu kepercayaan dan kemungkinan juga sedang berhadapan dengan masalah hubungan yang tersembunyi.

Jika pasangan memang dah ada masalah, maka melihat memori dan kenangan spt ini is a no no.. apa sahaja boleh jadi sumber perbalahan kalau daha sampai ke peringakat ini
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 01:05 PM | Show all posts
Salah satu species jantan. Ada macam2 lagi.

Kesian ko dapat yang macam ni. Harap2 dia kaya lah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 01:16 PM | Show all posts
lelaki kalau bercinta memang jadi bengap..
terima je la hakikat si bini tu sekadar rebound..
waspada la kalau si ex pun masih melayan..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 30-1-2023 02:46 PM

Itulah lelaki gf ramai sana sini, dah kawen lain hujung2 gila talak kat gf, yg bini pula kawen la aku kawenla aku sbb takut jadi andartu dan akan berebut lelaki itu, itu aku punya, selanyaklah dah kawen masih ada drama2 tak setel. Macam film tamil apa nama, bini hanya dpt jasad suami hari2 dpn mata tetapi jiwa suami x dimiliki bini hari2 jiwa suami cinta org lain gitu
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 03:27 PM | Show all posts
benda ni kan nokk ko kena reflect diri dulu ko kahwin dengan jantan tu sebab apa?

1) laki ko tackle ko then mmg korng bercinta bagai nak rak ke
2) ko desperate family / kawan kenen2 kan ko terus on / baru keluar date 1x jantan tu terus ajak ko kahwin ko pon on.

kalau the later ko talk la heart to heart dengan laki ko. kalau ko hadap jantan tu accept je la bitter truth tu teruskan hidup mcm biasa, selagi dia just kenang2 je tutup je lah sebelah mata. kalau ko tak boleh nak hadap, ermm cari je la laki baru. masing2 berhak bahagia. ahgittewww

kalau sebelum kahwin korg mmg bercinta mcm nak rak tapi laki ko masih gila bayang kat ex ermm i simpati to u, waste time, energy and effort to wrong person
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2023 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Tanya pulak diri ko..knp ko x buat mcm yg suami ko buat..so itula jawapannya....

Lagi mau tanya
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Netizen yg comment mayhaps tu campur maybe & perhaps ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2023 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
hareeeesah replied at 30-1-2023 05:12 PM
Netizen yg comment mayhaps tu campur maybe & perhaps ke?

Mishaps pun buleh hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 05:21 PM | Show all posts
pandai makn pandai la simpan, walaupun da xde ape2 jgn la sampai pasangan terasa
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm aku dulu, mmg x guna cadar putih. Mlm tu, aku lapik cadar dgn kain pelekat aku. Malu gak kalo org tua masuk bilik ade tompok2 merah. Walaupun xde tradisi tu. Sape xnk projek mlm tu jugak kalo benda dh ade dpn mata. Halal plak tu. Hehehe.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by green~tea at 30-1-2023 05:32 PM

Gigih tau aku baca message screenshot hasil reporter twitter.. the wife ni mcm rebound je tp apedehal.... dia kawen dgn ko kot..

Tp masih gigih berwhatsapp and sorok2 siap archive & hide dengan  ex tu mcm aneh je.. mcm still ada hati and still trying...

Awas la.. kena perati tu.. bende camni kena perati supaya tidak hanyut dan terbawa2...

Amek contoh iols & husband.. memasing tak koser nak stalk our exes.. kohkohkoh... tp iols yang suruh husband jgn remove dari following IG exwife dia.. bior je deme follow each other sbb i nak stalk her whereabouts.. bila nak kawen nya..

Mendapat lah kan.. betina tu gigih stalk i pakai fake ID pehtu add adik i, SIL i, adik husband.. well bodo gila sbb senang i nak trace sapa fake ID yang stalk i tu  sbb BIL i nama pelik (susah search melainkan mmg kenal family kami) and heols very introvert, so mustahil the same person kenal and follow my family & hubby's  family members both side kecuali pompuan tu sorang.. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Obviously Ada hati lagi..nasibla Dil
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm..kesian. Cuma doakan ex-gf husband dia tak u-turn balik. Bertepuk sebelah tgn takkan berbunyi.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki tu belum move on sepenuhnya. Sekian
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 05:46 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2023 05:53 PM | Show all posts
twitter lagi.. boleh tak buat bod baru, socmed campak dalam tu

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 30-1-2023 05:21 PM
Mishaps pun buleh hahahaha

Dia yg mishap hahaha.. Ohmyenglish bbnu sekrang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.726965 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list