CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1267|Reply: 28

[Jenayah] Menggangu Penguatkuasaan, Polis Tak Bagi Orang Ramai Kongsi Maklumat Roadblock Dekat Waze Sebab Boleh Menyelamatkan Pesalah Jalan Raya!

  [Copy link]
Post time 30-1-2023 12:38 PM | Show all posts |Read mode
Pada hari ini Waze merupakan salah satu aplikasi ‘wajib’ dimuat turun pada telefon pintar masing-masing kerana ia sangat berguna memudahkan urusan navigasi ke sesuatu tempat. Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh berkongsi apa-apa maklumat seperti kesesakan lalu lintas, kemalangan, jalan tutup dan pelbagai lagi secara live.

Bagaimanapun perkongsian maklumat sekatan jalan raya (SJR) atau kehadiran polis di aplikasi Waze boleh mengganggu penguatkuasaan terhadap golongan pemandu ingkar, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim.

Terang beliau, meskipun ada pandangan mengatakan perkongsian itu membuatkan pemandu lebih berhati-hati, ia menjadi ‘halangan’ dalam tindakan terhadap pemandu ingkar, petik Harian Metro.

“Orang ramai berpendapat dengan memaparkan keberadaan pihak polis, pemandu akan lebih cenderung untuk memandu dalam keadaan berhati-hati dan sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Walaupun ia dilihat memberi manfaat kepada pemandu, namun dalam masa yang sama, ia menghalang penguatkuasaan terhadap pemandu yang ingkar terutamanya mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan kesalahan trafik lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program High Porfile Policing Ketua Polis Kuala Lumpur di Wonderland Park, di sini, semalam.

Sebelum ini tular mengenai penggunaan aplikasi Waze yang menunjukkan SJR dan Polis Kuala Lumpur menasihati orang ramai supaya memberi kerjasama dengan tidak berkongsi maklumat SJR yang diadakan atau kehadiran polis di dalam aplikasi itu.

Menurutnya, nasihat itu telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.

“Pengguna jalan raya harus sedar bahaya dihadapi disebabkan oleh kecuaian pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk, melanggar lampu isyarat, memandu melawan arus dan lain-lain lagi,” kata Datuk Azmi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-1-2023 12:39 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2023 12:39 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlm waze, info location kat mana speed camera pon ada
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Get the source ler why rakyat yg ko peringatkheunz?

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 01:07 PM | Show all posts
Samada kena tahan kat road block yg mana orang keliling memang ko tak kenai atau...
pulis mai ketuk pintu umah yg mana orang keliling memang ko kenai semua.

Nak pilih mana?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2023 01:12 PM | Show all posts
lagi bodoh nampak radio car or motor polis pun nak report..
kadang dorang tengah meronda je pun..
bukan speed trap or roadblock ke apa..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 02:06 PM | Show all posts
chuols prefer waze atau google maps? weols prefer waze.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2023 02:10 PM | Show all posts
Kalau speed trap yang menyorok ni memang wajar dihebahkan.

Public kena tau ada speed trap baru lah mereka slowdown dan tercapai objektif untuk keselamatan. Cuma objektif nak menyaman tu tak tercapailah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 02:12 PM | Show all posts
Themilo replied at 30-1-2023 02:06 PM
chuols prefer waze atau google maps? weols prefer waze.

iols prefer google map..waze mcm lahenettt..
hr tu nasib tak masuk sungai gara2 pakai waze ni..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 02:19 PM | Show all posts
ibu_haritz replied at 30-1-2023 02:12 PM
iols prefer google map..waze mcm lahenettt..
hr tu nasib tak masuk sungai gara2 pakai waze ni.. ...

me too ibu
dr dulu lagi
cuma gmaps ni bila masuk kl dia bengong reroute, loading bagai
tp iols pun xde la selalu pun p kl
so, it's fine


Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 30-1-2023 01:07 PM
Samada kena tahan kat road block yg mana orang keliling memang ko tak kenai atau...
pulis mai ketuk  ...

" akak bawak 150km/hr di kilometre 158 tadi.....giniler kak, kalo akak nak settle kt sini...kami bertiga belum sarap...tapi kalo nak kebalai...akak akan kena ler bayar RM300"


Sesungguhnya aku buat pilihan yg ini.....sebab kesian derang belum sarap....
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 30-1-2023 02:10 PM
Kalau speed trap yang menyorok ni memang wajar dihebahkan.

Public kena tau ada speed trap baru lah  ...


Kalo asyik tahap.nak mendidik rakyat je....bila nak start enforcement....?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 02:25 PM | Show all posts
part ni aku setuju...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 02:26 PM | Show all posts
stingerpressor replied at 30-1-2023 02:20 PM
" akak bawak 150km/hr di kilometre 158 tadi.....giniler kak, kalo akak nak settle kt sini...kami b ...

Konteks tak sama.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 30-1-2023 02:06 PM
chuols prefer waze atau google maps? weols prefer waze.

Aku prefer dok sebelah driver....biar driver yg pilih....janji aku tidor sampai destinasi.....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2023 02:29 PM | Show all posts
Edited by sara_thrash at 30-1-2023 02:30 PM

kalau dah tahu jalan nak lalu tu ada roadblock kenapa nak guna jugak jalan tu. dari 3 lane jadi 1 lane baik lah orang lalu jalan lain. bukan sebab ada kesalahan apa pun cuma tak moh buang masa hadap jem.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 02:29 PM | Show all posts
Bila share location RB ni, memudahkan penjenayah utk buat kerja-kerja salah.

Penjenayah ni dia tak kira.... sapa-sapa pun boleh kena, termasuk kita.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 30-1-2023 02:26 PM
Konteks tak sama.

Konteks ngonteks, yg penting kita tak mengganggu atau halang tugasan pihak berkuasa...we dont delay their work....it's a win win deal....

Konteks manusiawi paolo mardini....

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 02:36 PM | Show all posts
stingerpressor replied at 30-1-2023 02:24 PM
Kalo asyik tahap.nak mendidik rakyat je....bila nak start enforcement....?

mendidik apanya kalau menyorok dalam semak

sahlah nak buat duit. tak dapat yag halal, yang haram pun berguna.


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 4690 Replies : 28
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 12926 Replies : 165
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8797 Replies : 61
Sheriff kutip RM16 juta 5 hari
maklukpenggodaSheriff kutip RM16 juta 5 hari
Views : 7111 Replies : 98
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281056 Replies : 9523
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21515 Replies : 165
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54933 Replies : 2750
Gambar Hantu Zaman Kodak
tumpanglalu74Gambar Hantu Zaman Kodak
Views : 10082 Replies : 1
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 101294 Replies : 1536

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.106980 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list