CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1041|Reply: 13

[Jenayah] Melakukan Pemerasan Terhadap Peniaga, Anak Hekan Herlok Kesian Didakwa! Tapi Sebab Herlok Kita Kena Maafkan Kata Acik Porum!

  [Copy link]
Post time 30-1-2023 12:24 PM | Show all posts |Read mode
JEMPOL: Tiga lelaki termasuk seorang remaja didakwa di Mahkamah Majistret Bahau, di sini, atas dakwaan melakukan pemerasan terhadap seorang peniaga minggu lalu.

Ketiga-tiga tertuduh Mohamad Fairul Mohd Alwi, 23, Mohamad Emran Faiz Yahya, 28 dan seorang remaja berusia 17 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Norshazwani Ishak.

Berdasarkan pertuduhan, kesemua tertuduh bersama-sama dengan sengaja melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan kepada seorang lelaki berusia 24 tahun iaitu kecederaan akan berlaku ke atas dirinya.

Demikian itu tertuduh dengan curang mendorong lelaki tersebut untuk menyerahkan harta benda iaitu wang sebanyak RM14,000.

Perbuatan itu dilakukan sebuah rumah di Felda Serting Hilir 5, di sini pada pukul 1 pagi, 23 Januari lalu.

Oleh yang demikian, ketiga-tiga mereka melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Majistret kemudian membenarkan Mohamad Fairul dan Mohamad Emran diikat jamin RM11,000 setiap seorang manakala seorang lagi tertuduh berusia 17 tahun diikat jamin sebanyak RM4,000, masing-masing dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut menetapkan pada 3 Mac depan bagi sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Bahau.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Loqman Hakim Ahmad Khairie manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu, tertuduh turut didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah atas pertuduhan mencederakan peniaga sama di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Media sebelum ini melaporkan seorang peniaga dipukul dengan batang cangkul, penyapu dan getah paip selepas didakwa melakukan hubungan sulit dengan seorang wanita yang juga isteri orang.

Antara enam suspek yang ditangkap termasuklah suami wanita terbabit. Selain dipukul, wang milik peniaga berkenaan di dalam akaun turut dikebas.-UTUSAN.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-1-2023 12:24 PM | Show all posts

TIGA lelaki termasuk seorang remaja didakwa di Mahkamah Majistret Bahau, Jempol hari ini, atas dakwaan melakukan pemerasan terhadap seorang peniaga pada minggu lalu.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 12:50 PM | Show all posts
erm, langkah macam patah seribu je dekk.. herlok tang mananyaaaahhh??
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 01:09 PM | Show all posts
Tak berbaloi nak komen
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Polis tu pakai spek…ok dpt satu point…
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba tepek pix tak pakai fm...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2023 05:33 PM | Show all posts
kita maafkan lah dia... mungkin dia terdesak nak duit... agittewww husnuzon...

harap2 di balik mask itu muka herlok yach... kalau tak herlokkkk kaka tarik balik kenyataan di atas dan moga kau di hangkut dek abam perhilitan dan di humban ke dalam rumah asuhan bainon tu... biar dia siram kau pakai air coway panas...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Jalan pun terkepit-kepit nok!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2023 05:51 PM | Show all posts
Mcm lemah gemalai jah. Herlok lg si abg polis tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
motif yg belakang tu muka kena blurrr
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Herlok lagi abg polis tu sis
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kepit much???? Celah mana acik forum bergetar memandang???

Ini stok2 anak hekan kak kaki & sis puhki
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak elok pun. Rempittt sangattt.


Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 07:49 PM | Show all posts
akak yg gaydar tak berfungsi ni pun nampak lemah gemalainya dgn sekeping gambo je. tp tak semua yg jalan berlenggang ni hadek2 kan.  

mcm si sajat tu jalan mmg ala2 pompuan brutal. kak v tu lagilah jalan bersepah tp tetap nampak ayu.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:16 PM GMT+8 , Processed in 0.330462 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list