CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 330|Reply: 1

Speedy Tigers Jatuh Sebab Format Piala Dunia Hoki Pelik, Tak Adil - Presiden MHC

[Copy link]
Post time 30-1-2023 12:09 PM | Show all posts |Read mode
Tidak adil, itulah pendapat Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal terutama format ‘pelik’ yang digunakan pada Piala Dunia Hoki 2023 hingga memberi kesan kepada kedudukan Speedy Tigers yang mengakhiri kempen klasifikasi ke-13 hingga 16 semalam.


Beliau berharap Persekutuan Hoki Dunia (FIH) dapat melihat semula berkenaan isu itu sambil berharap format yang lebih adil dapat digunakan dalam kejohanan akan datang.




SUBAHAN (dua dari kiri) bercakap pada sidang akhbar mengenai prestasi skuad hoki kebangsaan pada Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar-Rourkela, India di Kuala Lumpur semalam.





“Bagi saya, format kali ini tidak adil kerana kalau diikutkan kita sepatutnya bermain tempat ke-9 hingga 12. Macam mana pasukan Afrika Selatan yang hanya menang sekali mampu berada di atas kita.


“Sedangkan skuad negara mencatat tiga kemenangan. Sepatutnya kalau ikut logik kita akan tamatkan saingan lebih tinggi dari Afrika Selatan. Malah, pasukan negara turut berdepan keletihan ketika berdepan Afrika Selatan kerana mereka dapat rehat lebih lama. Sedangkan pasukan negara terpaksa menempuh perjalanan ke stadium yang agak jauh.


“Bagaimanapun, ini cuma pandangan peribadi saya sahaja kerana peraturan perlawanan ini ditetapkan oleh FIH sendiri. Jadi saya harap FIH dapat lihat semula format yang digunakan pada Piala Dunia kali ini untuk kejohanan yang akan datang.


“Secara keseluruhan, saya amat berbangga dengan pencapaian pasukan kebangsaan kerana mereka telah lakukan sehabis baik, malah melakukan kejutan mengatasi pasukan New Zealand dan juga hampir mengatasi Sepanyol,” katanya.


Pada edisi Piala Dunia kali ini, skuad negara menamatkan saingan di kedudukan ke-13 berkongsi kedudukan bersama Perancis selepas menewaskan Jepun 3-2 semalam.


Dalam pada itu, Subahan memberitahu, pihaknya akan cuba memastikan format tidak adil ini tidak akan digunakan pada Piala Dunia Remaja Hoki yang akan berlangsung di Kuala Lumpur hujung tahun ini.


“Untuk Kejohanan Piala Dunia Remaja, kami ada kelebihan yang mana MHC akan terlibat. Dalam satu atau dua minggu lagi kita akan bermesyuarat,” tambahnya.


Dalam perkembangan lain, Subahan menafikan dakwaan bahawa Norfaraha Hashim meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) badan induk hoki negara.


“Sebenarnya kontrak Norfaraha adalah sampai 31 Disember 2022. Jadi dia (Faraha)  bukan letak jawatan tetapi MHC tidak menyambung kontraknya. Jadi saya telah diberi mandat oleh ahli jawatankuasa untuk melantik CEO baharu dan akan umumkan dalam masa terdekat.


“CEO baharu akan dilantik memandangkan kita akan jadi tuan rumah Piala Dunia Hoki Remaja 2023. Jadi kami nak cari individu yang ada pengetahuan dan berpengalaman untuk memastikan kejohanan itu berjalan dengan lancar.


“Kita juga mengesahkan bahawa MHC menerima peletakan jawatan Timbalan Presiden, Datuk Prof Dr. S.Shamala dan kerusi itu akan dikosongkan sehingga pemilihan bagi penggal baharu,” ujarnya.




Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2023 02:09 PM | Show all posts
Ada masalah teknikal ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.822925 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list