CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2118|Reply: 55

[Tempatan] [Edisi Sambutan Hari Wilayah] DBKL Mengeluarkan Arahan Memberhentikan Kerja Serta-Merta Projek Menara SOHO Berikutan Gangguan LRT!

  [Copy link]
Post time 30-1-2023 11:55 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan Arahan Memberhentikan Kerja serta-merta kepada Tetuan Persekutuan Seruan Islam (Jam'iyah) Selangor dan Wilayah Persekutuan iaitu pemilik projek Cadangan Membina 1 Blok 44 Tingkat Menara SOHO (326 unit) dengan satu Basemen di Lot PT 163, Jalan Raja Laut, di sini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata Arahan Memberhentikan Kerja itu dikeluarkan berikutan gangguan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) bagi Laluan Ampang yang berlaku Jumaat lalu.

Menurutnya, keputusan itu dibuat hasil daripada mesyuarat bersama wakil dari Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan beberapa jabatan dalaman DBKL iaitu Jabatan Perancangan Infrastruktur, Jabatan Kawalan Bangunan, Jabatan Perancangan Bandaraya, Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran, Jabatan Undang-Undang dan Pendakwaan serta Jabatan Perancangan Korporat pada Sabtu lalu.

"Arahan ini dibuat sebagai langkah keselamatan bagi memastikan APAD dan agensi berkaitan dapat menjalankan siasatan, penelitian, seterusnya mengenal pasti punca gangguan yang berlaku baru-baru ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata projek tersebut kini hanya di peringkat awalan iaitu melibatkan kerja-kerja tanah di luar daripada kawasan zon 1 dan zon 2 (protection zone).

"DBKL menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (One Stop Committee atau OSC) akan melibatkan pihak APAD dan Prasarana bagi mendapatkan pandangan mereka khususnya apabila terdapat permohonan pembangunan yang terletak dalam atau berhampiran dengan zon keselamatan keretapi)," katanya.

Pada Jumaat lalu, perkhidmatan LRT bagi Laluan Ampang mengalami kelewatan atas faktor keselamatan akibat penjajaran landasan yang bengkok berhampiran stesen LRT Bandaraya.

Rapid Rail Sdn Bhd dalam kenyataan memaklumkan pemerhatian awal menunjukkan berlaku kerosakan struktur jejambat di kawasan berkenaan, dipercayai akibat daripada kerja-kerja pembinaan bersebelahan dengan kawasan itu. – BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-1-2023 11:56 AM | Show all posts

Tinjauan pada 27 Januari 2023 menunjukkan suasana di stesen LRT Bandaraya ketika tinjauan susulan Perkhidmatan LRT Laluan Ampang mengalami kelewatan atas faktor keselamatan akibat penjajaran landasan yang bengkok (“kinked”) berhampiran stesen LRT Bandaraya. - Foto NSTP/Aswadi Alias
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Menara SOHO ni belah mana akan dibina?
Sbb akak baca rapidkl kata struktur tiang area sogo stsn bandaraya retak
Eh babi la kontraktor dan dbkl pun sama lancau..berapa byk bangunan ko nak bina lagi hah.punya byk building kosong kt KL ni pakai je la mana yg kosong
Lahanatt punya dbkl
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 30-1-2023 09:15 PM
Menara SOHO ni belah mana akan dibina?
Sbb akak baca rapidkl kata struktur tiang area sogo stsn band ...

Maju junction jadi rumah hantu ke sis?


Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 10:10 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 30-1-2023 09:15 PM
Menara SOHO ni belah mana akan dibina?
Sbb akak baca rapidkl kata struktur tiang area sogo stsn band ...

Aku pun tertanya-tanya jugak bangunan 44 tingkat kat selit celah mana lagi di kawasan tu..Kalau tengok video dlm berita,projek tu mcm di kawasan dulunya parking sebelah Maybank. Tanah sekangkang kera tu boleh pergi sumbat bangunan 44 tingkat.










This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoi sewa jela memane yg kosong sume sibuk nk buat bangunan sendiri
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2023 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 30-1-2023 09:19 PM
Maju junction jadi rumah hantu ke sis?

Akak syak maju junction dh jd umah antu kut
Sbb tgk mcm takde penghuni jah
Tak tau la kalo ada ke kan sbb mmg asal drive kt area situ nmpk belah2 Ground floor mcm sendu sepi gituh
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 30-1-2023 10:10 PM
Aku pun tertanya-tanya jugak bangunan 44 tingkat kat selit celah mana lagi di kawasan tu..Kalau te ...

Thanks for d infos
Ohh ni area parking sblh menara dbkl tu la kan
Lerr nk bina bangunan 44 tgkt sblh sungai lak tu
Moga2 roboh ranap la sok sbb menyusahkan ribuan pengguna lrt
Padahal byk je lg building kosong kan
Pi je la penuhkan yg kosong tu
Bodoh gak dbkl ni kasi approval
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2023 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 30-1-2023 10:31 PM
Thanks for d infos
Ohh ni area parking sblh menara dbkl tu la kan
Lerr nk bina bangunan 44 tgkt  ...

Harap2 xde sapa beli…kalau beli mmg x bijak lah…area rizab sungai buat condo…dah laa situ senang banjir. Lama2 tanah tebing terhakis, rumah kondo pon crack lah…44 tkt pulak tu… harga rumah kompom2 juta2
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 30-1-2023 10:38 PM
Harap2 xde sapa beli…kalau beli mmg x bijak lah…area rizab sungai buat condo…dah laa situ senan ...

Iya..akak mmg doakan akan ada hakisan
And esp kalo hujan lebat musim monsoon, kalo naik lrt sogo tu, kalo kita atas platform stsn tu (betul2 atas sungai) mmg bleh tgk la betapa banyak nya isipadu gelen air sungai yg almost nk cecah paras bahaya dah time tu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 30-1-2023 10:40 PM
Iya..akak mmg doakan akan ada hakisan
And esp kalo hujan lebat musim monsoon, kalo naik lrt sogo t ...

Yg bingai tu kenapa DBKL luluskan?? Dah laaa project kondo tu sebelah ofis DBKL je
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Si bangang mna yg lulus kn awal2 dlu?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 30-1-2023 10:45 PM
Yg bingai tu kenapa DBKL luluskan?? Dah laaa project kondo tu sebelah ofis DBKL je

Dbkl kan mmg bangang
Selagi ada tanah kosong, padahal tanah tu elok jd buffer zon sbb sempit  tp dibantainya bagi gak approval utk cacak lg bangunan
Mmg rasuah dan depa berpisah tiada
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp tgk nma pemilik projek pn mcm errmmmm je..sape lh org2 dlm tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Lol dah ade kejadian baru gelabah masing2
Padahal sebelum nk dapat kelulusan patut dah buat check semua tu, akan efek kawasan sekeliling ke tidak
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 30-1-2023 10:48 PM
Dbkl kan mmg bangang
Selagi ada tanah kosong, padahal tanah tu elok jd buffer zon sbb sempit  tp d ...

Kannnnn …baik ambik mall yg x laku pastu convert jadi condo ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2023 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dbkl. Mcm tak tau.
Atas jalan raya sebelah tesco taman midah pun boleh naik twin tower 50 tkt. Sama dgn kat simpang masuk bdr sri permaisuri. Tapak lama plaza tol atas jalan raya pun nak buat tower
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 30-1-2023 10:51 PM
Kannnnn …baik ambik mall yg x laku pastu convert jadi condo ke

Kan..refurbish je la building yg x pakai tu.ni gigih gak nk bina yg baru.
Padan muka la kan sbb tiang lrt dah retak, baru memasing dh gelabah nk stop keje bagai.
Ni kalo tiang retak dan merekah, pastu lrt terjunam dlm sungai, mmg habislah semua yg terlibat dgn projek bodoh ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 30-1-2023 10:58 PM
Kan..refurbish je la building yg x pakai tu.ni gigih gak nk bina yg baru.
Padan muka la kan sbb ti ...

X terbayang damage yg berlaku nanti…mcm dlm scene final destination dah…x tau lah otak depa letak kat mana???
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
jfq replied at 30-1-2023 10:57 PM
Dbkl. Mcm tak tau.
Atas jalan raya sebelah tesco taman midah pun boleh naik twin tower 50 tkt. Sama ...

Ye leeee…lepas tu boleh kutip cukai pintu byk2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.070919 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list